Ini merupakan kali kesembilan pengurus kelahiran Scotland itu meraih pengiktirafan sedemikian. Pertahanan kental dari Serbia, Nemanja Vidic turut tersenyum lebar selepas hampir angkat kaki pada awal musim ini ekoran masalah keluarga yang sukar menyesuaikan diri di England.
Namun keputusannya untuk kekal nyata memberi kepuasan tersendiri buatnya apabila menjadi tonggak penting sepanjang musim ini. Vidic turut diumumkan sebagai Pemain Kelab Terbaik Tahunan oleh peminat kelab itu.
Anugerah Barclays ini ditentukan menerusi wakil badan persatuan bola sepak, media dan peminat.