Semakin lama kemelut dan konflik dalam cerita ini semakin menjadi-jadi dan semakin tak logik bagi aku..tapi aku tetap layan juga..tapi kan yang masalahnya pelakon pompuan dia tu Nanu Baharuddin macam pakai botox je..kulit tegang gehtooo...maaf lah aku cakap..tapi tegang semacam je muka tu..kalau buat ekspresi muka sedih..tak nampak sedih sebab muka tak leh nak berkedut untuk nanges...so nampak macam tak nanges...
Pe kata korang baca sikit sinopsis cite ni..dah nak habis dah cite ni..hehehe..
"Drama Sahara slot Samarinda berkisarkan perebutan harta dan cinta di golongan keluarga korporat. Sahara amat menyayangi adik tunggalnya, Tina sehingga sanggup memenuhi segala kemahuan Tina asalkan Tina bahagia.Tindakan Sahara yang terlalu memanjakan Tina sering ditegur oleh ibu mereka, Rahimah. Hubungan Sahara dan Tina amat rapat walaupun jarak usia mereka sebanyak 18 tahun.
Akan tetapi kemunculan Ashraf (Ammar Alfian) di dalam hidup mereka akan mengubah segala-galanya.Tina menganggap Sahara sebagai penghalang cinta untuk memiliki Ashraf. Dia mula bersikap dingin dan sengaja menyusahkan Sahara di pejabat ataupun rumah.Sahara terkilan dengan sikap kasar Tina namun dia terpaksa menelan segala kepahitannya kerana menyimpan satu rahsia keluarga yang bakal mengubah nasib Sahara dan Tina. Rahimah pula tidak bersetuju dengan tindakan Sahara yang menyerahkan segala urusan syarikat kepada Tina.Sahara rasa bersalah kerana Tina bukan pilihan Ashraf dan ingin menebus kehilangan Tina dengan keputusan tersebut".
Waktu Tayangan: Selasa hingga khamis, 10.30 malam, mulai 30 mac 2011 di TV3