Sejajar dengan hasrat negara yang ingin mencapai sasaran status negara maju menjelang 2020 melalui Gagasan Wawasan 2020, Jabatan Kejuruteraan Mekanikal Politeknik Seberang Perai, Pulau Pinang sudah lama menggiatkan aspek kreativiti dan inovasi di kalangan pelajarnya.
Penyelia projek, Kamil Sahidin yang juga pensyarah Jabatan Kejuruteraan Mekanikal berkata, projek itu adalah tugasan tahun akhir sekumpulan lima pelajar. Katanya, pelajar menyediakan satu pelan kerja mengubahsuai bentuk sebuah motosikal jenis Honda 70 CC dan membuat reka bentuk baru pada strukturnya dalam usaha menerapkan ciri 'sport' pada motosikal itu.
"Saya sangat bangga dengan keupayaan pelajar yang komited terhadap projek ini dan menunjukkan daya kreativiti tinggi. "Yang penting, mereka dapat mengaplikasikan segala ilmu kejuruteraan mekanikal selama ini menerusi penghasilan wajah baru jentera itu," katanya.
Projek diberi nama 'Perai Alein' itu diketuai Mohd Fakhari Syuwari Mat Ghani, 21, anak muda yang berasal dari Setiu, Terengganu.
Ini merupakan salah satu peristiwa yang sangat bersejarah dan ianya merupakan kebanggaan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPTM). Ianya bukan sahaja tempias kepada KPTM malah kesemua Politeknik yang terdapat di Malaysia. Tahniah!!!