SAYA mengandung anak ketiga yang kini sudah masuk lima bulan. Pada
awal kandungan, suami saya tidak mahukan kandungan ini kerana masalah
ekonomi disebabkan menanggung hutang ansuran kereta, rumah, pengasuh
anak dan perbelanjaan bulanan.
Kami pernah bergaduh dan suami saya pernah terlepas cakap, “Aku tak
mahu kau lahirkan budak ini, kalau kau melahirkan budak ini dengan
selamat kita bercerai” tetapi suami saya tidak bermaksud untuk bercerai
kerana ketika itu fikirannya amat kusut dan terlepas cakap.
Baru-baru ini, suami saya cakap dia sedia menerima bayi dalam
kandungan ini dan mahu selamatkan rumah tangga kami tetapi risau dengan
kata-katanya sebelum ini ketika kami bergaduh.
Suami tidak tahu apa yang perlu dia lakukan untuk menyelesaikan keterlanjuran kata-katanya itu. Suami saya pernah telefon ke pejabat agama untuk minta pendapat mengenai permasalahan kami ini tetapi pegawai yang jawab panggilan itu berkata, “tunggu sahajalah bayi lahir kemudian daftar penceraian di mahkamah serta tunggu keputusan mahkamah.”

Sekarang suami saya tidak mahu naik mahkamah dan mahu selesaikan di luar mahkamah. Pada pendapat Dr, apakah situasi permasalahan saya ini dan jalan penyelesaian terbaik?
JAWAPAN:
UNDANG-UNDANG keluarga di Malaysia memperuntukkan bahawa seseorang suami
atau isteri yang hendak bercerai hendaklah menyerahkan permohonan untuk
perceraian di Mahkamah Syariah.
Apabila pihak Mahkamah berpuas hati, mahkamah menasihatkan suami
supaya melafazkan talak di hadapan mahkamah. lazimnya lafaz talak
berlaku di luar mahkamah dan tanpa kebenaran.
Dalam situasi ini, suami hendaklah melaporkan kepada mahkamah dalam masa tujuh hari. Mahkamah kemudian menyiasat sama ada ia dilafazkan mengikut hukum syarak atau tidak. Apabila ia sah mengikut hukum syarak, maka mahkamah membuat perintah membenarkan perceraian dengan talak. Inilah prosedur yang dikatakan pegawai agama di atas.
Secara umumnya, mahkamah menyiasat sama ada lafaz di atas iaitu “Aku tak mahu kau lahirkan budak ini, kalau kau melahirkan budak ini dengan selamat kita bercerai” termasuk dalam lafaz cerai taklik atau tidak.
Mahkamah menyiasat perkara itu berdasarkan keterangan suami dan puan sendiri. Seterusnya mahkamah mengesahkan lafaz taklik berkenaan dan memutuskan sama ada ia menggugurkan talak atau tidak.
Memandangkan lafaz sedemikian sudah terjadi, saya berpendapat suami puan perlu melaporkannya kepada mahkamah untuk dibuat siasatan. Ini dapat menyelesaikan kekeliruan dan gangguan psikologi kepada keluarga terutama rasa bersalah dan sebagainya. Itulah sebenarnya yang dicadangkan pegawai agama berkenaan.
Dengan kata lain, mahkamah memberi kata putus mengenai kedudukan lafaz itu. Selain itu, negara kita mempunyai undang-undang keluarga yang perlu dipatuhi dan diselesaikan secara baik di mahkamah. Penyelesaian di luar mahkamah tidak bersifat rasmi dan membawa masalah pada masa hadapan. Umpamanya, bilangan cerai dan talak yang berlaku tidak direkodkan atau sebagainya.
Ia juga sebagai pengajaran supaya tidak mudah menggunakan kata cerai dan talak. Islam juga melihat perceraian sebagai suatu yang tidak baik kerana sudah meruntuhkan rumah tangga. Inilah yang diinginkan syaitan.