TERBIAR...kucing yang dibiarkan di luar premis.
Sebuah pusat penjagaan haiwan ‘diserbu’ pemilik haiwan selepas
mendapati haiwan peliharaan mereka yang ditinggalkan di situ dibiarkan
kelaparan sehingga ada yang mati di Damansara Damai, di sini, semalam.
Dalam serbuan jam 9.30 pagi itu, beberapa pemilik haiwan yang
disertai 20 sukarelawan datang menuntut haiwan peliharaan mereka yang
ditinggalkan di situ sejak 27 Ogos lalu sempena cuti Aidilfitri.
Menurut seorang sukarelawan yang hanya mahu dikenali sebagai Emi,
36, mereka mendapat maklumat mengenai pusat jagaan berkenaan di laman
sosial facebook selepas beberapa pemilik menyelar perbuatan pemilik
pusat terbabit yang menjaga haiwan peliharaan mereka sambil lewa dan
dipulangkan dalam keadaan yang teruk.
“Mereka dijanjikan dengan penjagaan rapi sedangkan selepas dihantar pulang, haiwan peliharaan mereka kurus kering dan berbau busuk.
“Mereka dijanjikan dengan penjagaan rapi sedangkan selepas dihantar pulang, haiwan peliharaan mereka kurus kering dan berbau busuk.
“Oleh itu, kami mengumpulkan beberapa sukarelawan dan pemilik haiwan untuk menyiasat apa sebenarnya berlaku di pusat jagaan terbabit,” katanya.