“Ya Allah sakitnya, tolong tarik aku keluar Zul.” Itulah rintihan
Hazman Bakhtiar Sharizan, 14, sebelum menghembuskan nafas terakhir
akibat tersepit dalam van yang dihempap pokok besar hingga meragut tiga
nyawa semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 9 pagi itu di Kilometer 23.5 Jalan
Kilang Gula, di sini, Hazman bersama tujuh pelajar lain dari Maahad
Tarbiyah Islamiyah (Matri) di Beseri dalam perjalanan melakukan lawatan
sambil belajar ke Kilang Gula Felda di Chuping.
Malang menimpa apabila sebatang pokok tumbang lalu menimpa van
dinaiki kumpulan pelajar itu kira-kira 50 meter dari pintu masuk kilang
berkenaan ketika hujan lebat disertai ribut.
Turut maut dalam kejadian itu ialah seorang lagi pelajar Matri, Ahmad Izzat Ismail, 17, dari Tanjung Tokong, Pulau Pinang, dan pemandu van, Shahidan Ali, 67, dari Beseri, di sini.
Turut maut dalam kejadian itu ialah seorang lagi pelajar Matri, Ahmad Izzat Ismail, 17, dari Tanjung Tokong, Pulau Pinang, dan pemandu van, Shahidan Ali, 67, dari Beseri, di sini.
Ahmad Ahnaf Anis Soffian, 14, juga pelajar Matri yang berasal dari Kuala Lumpur, mengalami kecederaan parah.