PMS Automech Racing Team Raih Tempat Ke-5!
Politeknik Muadzam Shah telah berjaya mencatat kedudukan di tempat ke-5 dari 36 jentera yang dipertandingkan merangkumi 24 institusi pendidikan IPTA dan IPTS seluruh Malaysia.
Pelajar Politeknik Muadzam Shah Cipta E-Tajwid Untuk Android!
Boleh dikatakan terdapat pelbagai aplikasi bercorak pembelajaran agama untuk para pengguna Android, dan salah satunya adalah aplikasi E-Tajwid untuk Android.
Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan!
"Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan" berjaya memasuki ruangan Berita Harian pada 22 Mac 2013 yang lalu.
Program Imam Muda Musim 1 Politeknik Muadzam Shah!
Sekalung tahniah kepada penganjur program yang begitu bermanfaat ini.
Home » Posts filed under ganti puasa
Betol-betol Insaf! Siapa layak dapat Al-Qadr?!
Oleh Kaki Wayang on
Edisi Khas Puasa! Nafas berbau ketika puasa
Oleh Kaki Wayang on
Edisi Khas Lawak Tak Lawak! Tidak suka perang
Oleh Kaki Wayang on
Betol-betol Hangat! Antara Nafsu, Semangat, Mampu dan Membazir!
Oleh Kaki Wayang on
- Mula-mula 1 masjid dan surau dipenuhi Jemaah nak solat tarawih, masuk minggu kedua..dah tinggal ¾ dah..masuk minggu ketiga..tinggal separuh/ suku..masuk minggu last..tinggal satu saf je..
- Biasanya masyarakat kita lebih sukakan solat tarawih berjemaah daripada solat wajib jemaah di masjid kan? Itu yang aku pelik tu..
Betol-betol Sengal! Wanita Menghina Nabi Muhammad SAW
Oleh Kaki Wayang on
Betol-betol Hangat! Ugutan bekas kekasih
Oleh Kaki Wayang on
Menurut sumber, lelaki berusia lingkungan 20-an itu tidak berpuas hati berikutan tindakan mangsa memutuskan hubungan mereka selepas berlaku pertengkaran beberapa hari sebelumnya. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohammed mengesahkan laporan berhubung kejadian itu.
Edisi Khas Puasa! Permasalahan haid dan puasa
Oleh Kaki Wayang on
Adakah dalam bulan Ramadhan ini puasa saya sah atau tidak jika antara waktu yang sudah berhenti dengan yang datang lendir berwarna coklat itu saya teruskan berpuasa. Adakah antara masa berhenti itu dengan waktu datang lendir saya kena mengqadakkan puasa. Jawapan amat saya harapkan.
Darah haid datang dalam pelbagai bentuk, ada merah kehitam-hitaman, merah pekat, coklat kehitaman, kuning pekat, ada juga ciri lain di mana ia keluar dalam kedaan berketul dan ketika ia banyak keluar, akan terasa sedikit hangat. Bau darah ini biasanya agak hanyir berbanding dengan darah biasa. Sekiranya tidak dapat mengenal pasti ciri-cirinya rujuklah kepada pakar/doktor.
Apa yang saya maklum dari persoalan saudari ialah saudari biasa datang haid 7 hari, selepas itu ( 8 hari @ lebihi lagi) dalam kedaan suci. Dalam perkiraan saya; lendir berwarna coklat hanya keluar pada hari keenam belas dan seterusnya ( jika perkiraan adalah dari tarikh hari pertama darah haid saudari datang ). maka jelaslah di sini darah itu bukan darah haid, saudari wajib solat dan berpuasa. Antara waktu berhenti haid dan datang lendir coklat tidak perlu Qada puasa kerana saudari sedang dalam suci. Pastikan perkiraan maxima bilangan hari kedatangan darah tersebut untuk mengenal pasti samada ia darah haid @ darah Istihadah ( darah penyakit).
Jika lendiran berterusan, dapatkan nasihat pakar bagi menyelesaikan masalah sebelum lebih banyak mudharatnya.
Edisi Khas Puasa! Puasa Qada' dan bayar Fidyah
Oleh Kaki Wayang on
Bagaimana cara membayar fidyah? jika saya ingin membayar fidyah kepada fakir miskin, perlukah saya menyebutnya pada si fakir miskin bahawa saya memberinya wang kerana ingin membayar fidyah ataupun saya hanya memberikannya dengan niat untuk membayar fidyah?
Orang-orang yang meninggalkan puasa dengan sebab apa pun diberi kelapangan masa untuk mengqada’ puasanya itu, asalkan tidak lewat sehingga masuk bulan Ramadhan yang berikutnya. Seandainya masih belum mengqada’nya lagi dan masuk bulan bulan Ramadhan yang berikut. Ia dikenakan fidyah iaitu sehari secupak beras serta qada’nya sekali. Seperti contoh :
Seorang itu telah meninggalkan puasa 5 hari pada tahun pertama dan tidak mengqada’ sehingga masuk bulan Ramadhan tahun kedua maka ini dikenakan :
1. Tinggal 5 hari -> Qada’ 5 hari ini bagi tahun pertama iaitu masuk tahun kedua -> Beras 5 cupak (1 cupak sehari)
2. Tinggal 5 hari -> Qada’ 5 hari ini bagi tahun kedua iaitu masuk tahun ketiga -> Beras 10 cupak (2 cupak sehari)
3. Tinggal 5 hari -> Qada’ 5 hari ini bagi tahun ketiga iaitu masuk tahun keempat -> Beras 15 cupak (3 cupak sehari)
Begitulah seterusnya jika masih juga belum mengqada’ puasanya. Maka jumlahkanlah berapa tahun yang belum dijelaskan puasa yang ditinggalkan itu dan berapa pula yang patut dikenakan fidyahnya.
Ketika memberi kepada fakir miskin dengan kadar yang telah ditetapkan bagi tujuan membayar fidyah memadai dengan niat sahaja. Tetapi jika membayar fidyah melalui jawatankuasa masjid atau mereka yang menjalankan tugas berkaitan dengan hal ehwal Islam adalah lebih baik dinyatakan tujuan saudari itu.
Sebagai seorang Islam yang mengakui menjunjung perintah Allah janganlah lalai untuk mengqada’ puasa yang ditinggalkan itu. Lagi cepat kita qada’ lagi besar faedahnya yang kita dapati dan ringan penanggungan kita terhadap Allah S.W.T.
Edisi Khas Puasa! Persoalan Puasa Ganti!
Oleh Kaki Wayang on
- Fidyah yang perlu dibayar ialah sebanyak 224 cupak. ( 1 cupak = 600gm)
- Fidyah hendaklah diberikan kepada fakir miskin (seorang atau beberapa orang)
- Fidyah beras boleh diganti dengan nilaian wang bergantung kepada harga beras yang dimakan seharian oleh individu tersebut.
- Jumlah gantian puasa ambil kiraan maksimum hari yang ditinggalkan. ( hari tidak berpuasa x tahun yang perlu diganti)
- Sekiranya puasa yang diganti itu terlebih jumlahnya ia dikira sedekah.
Edisi Khas Puasa! Memberi makan minum kepada orang bukan Islam di bulan puasa!
Oleh Kaki Wayang on