Demi untuk melihat anaknya berjaya dalam pertandingan akhir Tilawah al-Quran Kanak-Kanak Peringkat Antarabangsa di Doha, Qatar pada 26 Ogos ini, Nurunnajmi Yaacob, 40, sanggup berhutang menggunakan kad kreditnya untuk membiayai perbelanjaan sepanjang berada di negara itu selama seminggu.
Perbelanjaan dianggarkan berjumlah RM6,000 itu bagi keperluan isterinya, Sauzan Ibrahim, membeli tiket penerbangan dan kos makan minum kerana Kerajaan Qatar hanya membiayai tiket penerbangan dari Kuala Lumpur ke Doha, makan minum dan penginapan hotel untuk Nurunnajmi dan anaknya, Nurusyahamah Taqiah, 12, sepanjang pertandingan itu berlangsung.

Nurunnajmi berkata, dia terpaksa membawa isteri yang juga bertindak sebagai pengurus dan jurucakap kepada Nurusyahamah Taqiah.
Bagaimanapun, beliau berterima kasih kepada Bahagian Pendidikan Islam, Kementerian Pelajaran yang menaja penerbangan pergi balik mereka tiga beranak dari Kota Bharu ke Kuala Lumpur, pada 23 Ogos dan 29 Ogos nanti.
“Cuma belanja makan dan minum, pengurusan diri dan tiket penerbangan untuk isteri dari Kuala Lumpur ke Doha sebanyak RM4,300 terpaksa ditanggung sendiri kerana tidak ada pihak sudi menaja,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.
Nurusyahamah Taqiah akan berlepas ke Doha bersama bapanya yang juga guru agama Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Payong, Hulu Besut dan ibunya yang juga guru Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Agama Wataniah, Jertih untuk menyertai pertandingan akhir tilawah berkenaan anjuran Kementerian Wakaf dan Hal Ehwal Islam Qatar dan saluran TV Kanak-Kanak Al-Jazeera, pada Jumaat ini.

Mereka bertiga akan berlepas ke Doha dengan penerbangan Qatar Airways dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada jam 10.25 pagi esok. Murid Tahun Enam Sekolah Rendah Kebangsaan (SRK) Lubuk Kawah, Jertih itu berjaya melepasi ujian pada peringkat separuh akhir yang diadakan pada 22 hingga 28 Jun lalu di Doha membabitkan 63 peserta yang dipilih daripada dua ujian saringan membabitkan 4,000 kanak-kanak seluruh dunia pada peringkat awal dengan 49 daripadanya dari Malaysia.
Dalam pertandingan akhir akan disiarkan TV Al-Jazeera saluran kanak-kanak secara langsung itu nanti, Nurusyahamah Taqiah akan berdepan dua pesaingnya, iaitu peserta dari Yaman dan Maghribi.
Katanya, mereka berharap Nurusyahamah Taqiah berjaya pada pertandingan peringkat akhir itu, sekali gus mengharumkan lagi nama Malaysia dan Terengganu pada peringkat antarabangsa.
Katanya, mereka berharap Nurusyahamah Taqiah berjaya pada pertandingan peringkat akhir itu, sekali gus mengharumkan lagi nama Malaysia dan Terengganu pada peringkat antarabangsa.
P/s: Terharu dengan pengorbanan seorang Ayah berjuang demi jalan Allah SWT..membelanjakan wang dan duitnya ke arah keredhaan Allah SWT..walaupun pada akhirnya dia dibantu..tapi ingat..niat baik sahaja sudah cukup untuk mendapatkan pahala dan keredhaan Allah SWT..apatah lagi dalam bulan puasa..