Betol-betol Hangat! Awi Rafael Accident Teruk Di Lebuhraya Federal

Oleh Kaki Wayang on


Kemalangan tersebut berlaku di Lebuhraya Federal iaitu berhampiran dengan jejantas ala San Francisco yang menghubungkan kawasan Sunway dengan Kelana Jaya. Masa tu, Awi Rafael baru saja pulang daripada menjayakan satu sesi fotografi dengan sebuah majalah hiburan di Shah Alam dan baju Melayu masih lagi dipakainya bersama samping dan songkok.

Entah macam mana, kereta pacuan 4 roda yang dipandunya terbabas sehingga menyebabkan pintu di bahagian tempat duduk pemandu jadi remuk. Mujurlah, tidak ada apa-apa yang berlaku pada Awi Rafael.

Kalau ada pun setakat terhantuk biasa. Tapi, disebabkan kejadian itu, Awi Rafael masih lagi dalam keadaan terkejut. Yelah, kalau sesiapa pun yang ada kat tempat Awi Rafael pun, mestilah jadi trauma. Lagipun, kemalangan yang dialaminya tu memang teruk. Korang tengok sendirilah gambarnya. Silap-silap haribulan, memang boleh meragut nyawanya. Tapi, Tuhan masih sayangkan lagi Awi Rafael.

Sumber: Murai Batu

Mengenai Penulis:

Kaki Wayang mula terlibat dan serius dalam dunia penulisan kreatif sejak tahun 2006. Beliau juga terlibat dalam penciptaan lagu dan lirik lagu Nasyid dan pernah menjulang nama Politeknik Muadzam Shah apabila menjuarai Pertandingan Lagu-lagu Patriotik di PNM, Kuala Lumpur pada tahun 2007.

Ikuti perkembangan terbaru beliau melalui @ Blog Paling Hangat! | Facebook

Comments
0 Comments

{ 0 Komen Membina!... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...