Dengan semangat patriotik, Abd Rahim Kasiman yang berbaju Melayu mengayuh basikal yang dihiasi dengan Jalur Gemilang dan bendera negeri Johor untuk ke tempat kerjanya, di Johor Bahru, Johor.
Pelajar Sekolah Tunku Abdul Rahman,Luqmanurhakiem Mohd Ali menyusun tabung 1 Malaysia di pintu masuk dewan sekolahnya sempena sambutan Bulan Kemerdekaan, di Ipoh.
Namun begitu, dalam kegembiraan menyambut Hari Merdeka dan Hari Raya Aidilfitri masih ada lagi yang hidup dalam keadaan yang sangat daif dan susah..apa kata anda ke SINI: Tabung Kemanusiaan Somalia dan buat keputusan anda.."TEPUK DADA TANYA SELERA DAN IMAN"..
Dan tidak lupa juga kepada Adik Noor Saiful Mohamad, 12, menunjukkan jari tangan kanannya yang putus dan cedera akibat bermain mercun bola ketika ditemui di Hospital Raja Perempuan Zainab II, di Kota Bharu.
P/s: Dah dekat-dekat nak raya ni..semakin ramai pula yang menerima akibat daripada bermain mercun..nak main boleh tapi kenalah hati-hati..kalau boleh tak yah main terus lagi elok..tak lah mengundang bahaya nanti..