Assalammualaikum semua..atas dasar perikemanusiaan dan sokongan kepada kempen TABUNG KEMANUSIAAN SOMALIA anjuran ISLAMIC RELIEF MALAYSIA..sebagai seorang blogger sudah menjadi tanggungjawab untuk saya menyokong kempen ini..lebih-lebih lagi di bulan Ramadhan yang mulia ini..
Saya terpanggil untuk menyediakan entri ini dan menyeru kepada semua pembaca..sepertimana yang diuar-uarkan oleh Ben Ashaari..walaupun kita tak mampu untuk memberi sumbangan berupa wang ringgit..berdoalah untuk mereka (Masyarakat SOMALIA)..tak pun bolehlah menyediakan entri seumpama ini..bagi menyokong sepenuhnya Kempen Tabung Kemanusiaan Somalia ini..
Sebagai renungan bersama..pernah tak anda terfikir atau bersyukur dengan apa yang ada di Negara kita? Susah tak nak makan? Tak susah kan..sepanjang jalan di seluruh Malaysia terdapat pelbagai jenis makanan..tapi pernah tak kita terfikir apa yang berlaku kat Negara lain terutamanya SOMALIA? Kita bangun je pagi, mak dah sediakan makanan dan sarapan dah untuk kita..tidur sepanjang hari..kemudian bangun tengahari..makan lagi..mak jugak yang masak (bulan puasa jangan makan time tengahari pulak)..di malamnya pula makan lagi..kat Somalia? Entah makan ke tak diorang tu kan?
So kepada sesiapa yang nak menyumbang..terutama disepuluh malam yang terakhir dalam bulan Ramadhan ini..silakan terus ke laman wen ISLAMIC RELIEF MALAYSIA (IRM)