Betol-betol Hangat! Liverpool benam anak buah Wenger 2-0!

Oleh Kaki Wayang on

 
Nasib malang Arsene Wenger berlanjutan setelah skuad kendaliannya terpaksa bermain 10 orang pemain dan tewas 0-2 kepada Liverpool pada perlawanan  yang berlangsung di Stadium Emirates malam ini. Kedua-dua gol tersebut terhasil daripada gol jaringan sendiri Aaron Ramsey dan juga jaringan babak akhir oleh penyerang sensasi Liverpool, Luis Suarez.
Nasib malang Arsenal bermula seawal lapan minit permainan apabila Emmanuel Frimpong yang tampil buat pertama kali dalam saingan EPL telah dilayangkan kad  merah ekoran kekasaran ke atas Lucas Leiva. Keputusan ini menyaksikan Liverpool berjaya mencatat kemenangan pertama mereka musim ini selepas sekadar seri dengan Sunderland minggu lalu, manakala Arsene  Wenger terpaksa memikirkan masalah yang melanda skuadnya selepas dua pemain dilayangkan kad merah dalam dua perlawanan.

Babak separuh masa pertama menyaksikan kedua-dua pasukan terikat 0-0 sehinggalah masuk minit ke-78 separuh masa kedua apabila pemain gantian Arsenal, Miguel melakukan kesilapan selepas hantarannya ke bahagian bawah terkena rakan sepasukan Ramsey lalu menerjah terus ke jaring penjaga gol Wojciech Szczesny.

Kemenangan pertama Liverpool dilengkapkan selepas gandingan Lucas dan Raul Meireles melakukan satu gerakan menarik sebelum ia disudahkan dengan satu jaringan  mudah oleh Suarez pada minit 90.
Kedudukan 2-0 kekal hingga tamat 90 permainan.

Mengenai Penulis:

Kaki Wayang mula terlibat dan serius dalam dunia penulisan kreatif sejak tahun 2006. Beliau juga terlibat dalam penciptaan lagu dan lirik lagu Nasyid dan pernah menjulang nama Politeknik Muadzam Shah apabila menjuarai Pertandingan Lagu-lagu Patriotik di PNM, Kuala Lumpur pada tahun 2007.

Ikuti perkembangan terbaru beliau melalui @ Blog Paling Hangat! | Facebook

Comments
0 Comments

{ 0 Komen Membina!... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...