Betol-betol Gempak! Manchester United mengamuk, belasah Arsenal 8-2

Oleh Kaki Wayang on


Dua pasukan Manchester, Manchester United dan Manchester City unggul dalam pertembungan menentang kelab London awal pagi tadi apabila membelasah lawan masing-masing dengan jaringan besar, sekali gus meletakkan diri mereka selaku pilihan merangkul gelaran Liga Perdana musim ini.

Penyandang juara, United menambah derita Arsenal menerusi kemenangan besar 8-2 di Old Trafford hasil ledakan hatrik Wayne Rooney, dua gol daripada Ashley Young dan Nani, Park Ji-Sung serta Danny Welbeck masing-masing tidak ketinggalan menyumbat satu gol.

Terdahulu, City pula membenam Tottenham Hotspur 5-1 di White Hart Lane. Edin Dzeko menjadi pemain pertama menyumbat empat gol dalam saingan Liga Perdana England musim ini manakala Samir Nasri mencipta gerakan untuk dua gol pembukaan dalam penampilan pertamanya ketika membantu Manchester City membelasah Tottenham Hotspur 5-1 di White Hart Lane, semalam.

Ini adalah kemenangan ketiga berturut-turut yang dicatat City musim ini, sekali gus membolehkan skuad bimbingan Roberto Mancini itu terus menerajui liga dengan mengumpul sembilan mata maksimum dan menjadikan pasukan Eastland itu sebagai calon pilihan untuk mencabar kejuaraan Liga Perdana buat kali pertama.
 

Mengenai Penulis:

Kaki Wayang mula terlibat dan serius dalam dunia penulisan kreatif sejak tahun 2006. Beliau juga terlibat dalam penciptaan lagu dan lirik lagu Nasyid dan pernah menjulang nama Politeknik Muadzam Shah apabila menjuarai Pertandingan Lagu-lagu Patriotik di PNM, Kuala Lumpur pada tahun 2007.

Ikuti perkembangan terbaru beliau melalui @ Blog Paling Hangat! | Facebook

Comments
0 Comments

{ 0 Komen Membina!... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...