Edisi Khas Puasa! Hukuman/denda dikenakan kepada yang melakukan persetubuhan (sah) di bulan Ramadhan

Oleh Kaki Wayang on

http://www.casavina.com/wp-content/uploads/2011/01/021.jpg

Berhubung dengan persoalan yang telah saya kemukakan sebelum ini, saya ingin mengetahui dengan lebih lanjut mengenai hukuman atau denda yang dikenakan oleh Islam kepada orang yang melakukan hubungan intim (yang sah) semasa dalam puasa di bulan Ramadhan.
 
1) Apakah hukuman yang dikenakan kepada lelaki dan juga perempuan yang melakukan hubungan tersebut? 

2) Macam mana hendak melakukan hukuman tersebut, contohnya yang melibatkan puasa 2 bulan.. macam mana niat untuk puasa tersebut? 

3) Bolehkan wang digunakan sebagai ganti untuk secupak makanan asasi dan wang tersebut diberikan kepada pihak tertentu contohnya pihak masjid, majlis-majlis agama untuk mereka serahkan kepada fakir miskin atau senasib? 

4) Adakah ada hukuman tambahan andai tidak sempat 'membayar' hukuman tersebut dalam tahun pertama membuat kesalahan, maksudnya telah sampai ramadhan yang kedua dan seterusnya (puasa yang ditinggalkan telah diganti cuma denda sahaja yang belum dilaksanakan)? 

Jawapan :
 
Persetubuhan yang dilakukan dengan sengaja dalam keadaan berpuasa adalah dikenakan kaffarah iaitu :
- Memerdekakan seorang hamba jika mampu dan ada.
- Berpuasa 2 bulan berturut-turut
- Mengeluarkan 60 cupak beras jika tidak mampu berpuasa.
 
2. Niat puasa kaffarah hendaklah dilakukan pada malam hari kerana ia termasuk dalam puasa yang wajib. Niatnya ialah : " Sahaja aku puasa kaffarah esok hari kerana Allah".
 
3. Boleh diberikan kepada pihak masjid atau umpamanya jika saudara yakin kaffarah tersebut boleh disampaikan ke dada fakir miskin. Untuk lebih mudah bayar kepada Lembaga Zakat.
 
4. Seelok-eloknya hendak bayar kaffarah tersebut dengan segera dan diqada' sehari puasanya secepat mungkin seelum sampai tahun yang berikutnya. Jika melangkau ke tahun yang berikutnya maka dia wajib mengqada' sehari puasanya dan membayar secupak beras fidyah dan 60 cupak beras kaffarah.

Mengenai Penulis:

Kaki Wayang mula terlibat dan serius dalam dunia penulisan kreatif sejak tahun 2006. Beliau juga terlibat dalam penciptaan lagu dan lirik lagu Nasyid dan pernah menjulang nama Politeknik Muadzam Shah apabila menjuarai Pertandingan Lagu-lagu Patriotik di PNM, Kuala Lumpur pada tahun 2007.

Ikuti perkembangan terbaru beliau melalui @ Blog Paling Hangat! | Facebook

Comments
0 Comments

{ 0 Komen Membina!... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...