PMS Automech Racing Team Raih Tempat Ke-5!

Politeknik Muadzam Shah telah berjaya mencatat kedudukan di tempat ke-5 dari 36 jentera yang dipertandingkan merangkumi 24 institusi pendidikan IPTA dan IPTS seluruh Malaysia.

Pelajar Politeknik Muadzam Shah Cipta E-Tajwid Untuk Android!

Boleh dikatakan terdapat pelbagai aplikasi bercorak pembelajaran agama untuk para pengguna Android, dan salah satunya adalah aplikasi E-Tajwid untuk Android.

Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan!

"Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan" berjaya memasuki ruangan Berita Harian pada 22 Mac 2013 yang lalu.

Program Imam Muda Musim 1 Politeknik Muadzam Shah!

Sekalung tahniah kepada penganjur program yang begitu bermanfaat ini.

Malam Sejuta Bintang PMS Berlangsung Meriah!

Malam Sejuta Bintang Berlangsung Meriah

Betol-betol Hangat! Filem Titanic 3D

Oleh Kaki Wayang on


Anda peminat dan penggemar filem Titanic? Suatu ketika dahulu, filem ini menjadi bualan ramai..sehingga menjadikan filem ini merupakan filem termahal sehingga munculnya filem Avatar pada tahun 2009 dan 2010..Filem Titanic yang pada ketika itu memecahkan rekod box office dengan kutipan $6 billion..kemudiannya rekod kutpan tertinggi dipecahkan oleh filem Avatar dengan kutipan sebanyak $8 billion..percaya atau tidak itulah penangan James Cameron.. Pengarah filem tersohor dan billionair filem..
Dan apa yang menariknya filem Titanic ini akan dipertontonkan semula di pawagam seluruh dunia..dengan mengekalkan teknologi, pelakon asal dan cerita yang sama ianya akan ditayangkan pada 6 April 2012 sempena sambutan ulang tahun 100 tahun kapal Titanic berlayar..dan kali ini filem ini akan dipertontonkan dalam format 3D..bagi peminat-peminat filem Titanic serta peminat Leonardo DiCaprio, Kat Winslet serta James Cameron sudah tentu tidak akan melepaskan peluang untuk merasai pengalaman 3D dalam filem Titanic itu nanti..


Sama-samalah kita nantikan filem ni yer..adakah ianya akan menjadi 1 lagi kutipan box office James Cameron? sama-samalah kita tunggu nanti..

P/s: Betol-betol Hangat! sendiri merupakan peminat pelakon Leonardo DiCaprio dan filem Titanic itu sendiri..dah berapa "juta"(mode: saje letak juta, menunjukkan dah banyak kali tengok) kali tengok filem ni..tapi berbaloi ke tak eh tengok filem ni dalam format 3D? just wait and see..
Sila baca selanjutnyaBetol-betol Hangat! Filem Titanic 3D

Betol-betol Hangat! Bahana telefon bimbit

Oleh Kaki Wayang on

Dunia sekarang menyaksikan kemunculan pelbagai gadget yang menjadi kegilaan tak kira remaja, orang tua atau sesiapa pun..hatta Betol-betol Hangat! sendiri pon sangat berminat apabila menuturkan bab-bab gadget ni..minat sampai BBH! pon ada 3 koleksi handphone yang digunakan secara konsisten (mode saje nak show-off)..


Tapi kan..kekadang manusia tak pernah lari dari melakukan kesilapan..ramai diantara kita mungkin tak sedar ramai diantara kita yang sengaja menempah bahaya..cuba korang tengok gambar yang BBH amik dari paper ni..bahaya tak korang rasa?korang rasa pelaku dalam gambar tu nyawa dia banyak spare tak? Beginilah keadaan remaja sekarang..kadang-kadang BBH keluar ke bandar..al-maklumlah Muadzam Shah ni walaupun bandar tapi penguatkuasaan peraturan jalanraya amat minimum..so remaja kat sini biasanya menunggang motor pastu kat tangan ada handphone..dahlah ada handphone kat tangan topi keledar pon tak pakai..hevattt tak remaja zaman sekarang?

Kalau yer pon nak bercinta..janganlah sampai macam kat gambar tu..bahaya..seriaunyer..

P/s: Betol-betol Hangat! sendiri pon tak pernah bawak motor sambil call atau sms..tapi bawak motor tak pakai topi keledar selalooo..jangat ikut aksi itew tau...kang JPJ saman..
Sila baca selanjutnyaBetol-betol Hangat! Bahana telefon bimbit

Betol-betol Hangat! Berita Buruk Kepada Harry Potter?

Oleh Kaki Wayang on

Sambil-sambil membelek majalah dan suratkhabar..aku sebagai blogger sentiasa akan berusaha untuk mencari idea-idea baru, disamping mencari entri-entri dan maklumat yang berguna untuk aku masukkan dalam blog aku..ini semua bertujuan agar blog aku akan sentiasa updated dengan berita-berita baru dan informasi baru..kata Betol-betol Hangat! so kenelah cari informasi hangat..


Kali ini, aku terpanggil untuk membuat entri berkenaan dengan Harry Potter Part 2 yang akan menjengah di pawagam tempatan pada 15hb Julai 2011..Bagi penggemar filem-filem Harry Potter sudah tentu tidak akan melepaskan peluang untuk menyaksikan filem terakhir dalam siri Harry Potter ini..menurut apa yang tercatat di IMDB..filem ini seolah-olah menggambarkan kehidupan Harry Potter dan kedua rakannya iaitu Ron dan Hermoine tidak akan sama selepas pertarungan mereka dengan Voldermort.. Sinopsis itu menggambarkan perkara buruk akan berlaku ke atas Harry Potter dan rakan-rakannya itu..

So, untuk mengetahui kisah selanjutnya pastikan anda tidak akan melepaskan peluang untuk menonton filem sekuel terakhir Harry Potter nanti..filem terakhir ini sudah tentu akan menghidangkan pelbagai adegan-adegan menarik dan action packed yang akan menambah lagi perisa filem ini..

P/s: Betol-betol Hangat! sendiri sebenarnya peminat setia Harry Potter..dari dia kecik sampailah HP meningkat dewasa..buku-buku yang dibeli dari London pown ada dalam simpanan..
Sila baca selanjutnyaBetol-betol Hangat! Berita Buruk Kepada Harry Potter?

Betol-betol Hangat! Buy 1 Free 1: X-Men: First Class

Oleh Kaki Wayang on

http://media4.digitalfive.com/oap/11/maxismovie/images/bm_01.jpg 
http://media4.digitalfive.com/oap/11/maxismovie/images/bm_02.jpg
Untuk aplikasi Ipad sila ke laman ini: Ipad
Untuk maklumat lanjut: Buy 1 Free 1

Sila baca selanjutnyaBetol-betol Hangat! Buy 1 Free 1: X-Men: First Class

Betol-betol Hangat! Proton Pahlawan – Kereta Konsep Proton

Oleh Kaki Wayang on

Pada entri aku yang lepas Proton Tuah memperihalkan tentang kereta konsep terbaru keluaran Proton..dan pada kali ini, walaupun sebenarnya cerita ini sudah agak lapuk dan basi..namun atas sebab minat akan kereta-kereta konsep seperti ini disamping meng"update" blog..maka entri yang lapuk ini dipersembahkan kepada anda..wah skema giler ayat Betol-betol Hangat ni!..

Bersempena dengan Kuala Lumpur International Motor Show (KLIMS), Proton kini tampil dengan 5 kereta konsep yang mengambil nama 5 pahlawan Melayu Melaka iaitu Tuah, Jebat, Kasturi, Lekir dan Lekiu. pada pandangan aku lah kan, Proton Jebat itu adalah hasil ciptaan yang hampir sama dengan Mitsubishi Lancer aka Inspira..cuma ianya di touch-up ckit jew..dan Proton Kasturi itu adalah dari Proton Saga FL..aku amat tertarik dengan rekaan Proton Tuah, Proton Lekir dan Proton Lekiu kerana Proton lari dari konsep-konsep design kereta sebelum-sebelum ini..

Kalaulah kereta-kereta ini adalah untuk pasaran dalaman..aku rasa ramai rakyat kita akan membeli kereta ni..dan aku rasa ramai yang setuju ngan aku..alaaaa, malaslah aku nak ulas panjang lebar..niat dihati nak post gambar je..dah meleret-leret pula..korang tengok jela gambar-gambar ni yer..

Proton Tuah

Proton Jebat

Proton Jebat

Proton Kasturi

Proton Kasturi

Proton Lekir

Proton Lekir

Proton Lekiu

Proton Lekiu
Sila baca selanjutnyaBetol-betol Hangat! Proton Pahlawan – Kereta Konsep Proton
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...