PMS Automech Racing Team Raih Tempat Ke-5!

Politeknik Muadzam Shah telah berjaya mencatat kedudukan di tempat ke-5 dari 36 jentera yang dipertandingkan merangkumi 24 institusi pendidikan IPTA dan IPTS seluruh Malaysia.

Pelajar Politeknik Muadzam Shah Cipta E-Tajwid Untuk Android!

Boleh dikatakan terdapat pelbagai aplikasi bercorak pembelajaran agama untuk para pengguna Android, dan salah satunya adalah aplikasi E-Tajwid untuk Android.

Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan!

"Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan" berjaya memasuki ruangan Berita Harian pada 22 Mac 2013 yang lalu.

Program Imam Muda Musim 1 Politeknik Muadzam Shah!

Sekalung tahniah kepada penganjur program yang begitu bermanfaat ini.

Malam Sejuta Bintang PMS Berlangsung Meriah!

Malam Sejuta Bintang Berlangsung Meriah

Betol-betol Hangat! Identiti penggodam didedahkan

Oleh Kaki Wayang on

RUMAH yang diduduki oleh Ryan Cleary bersama ibunya di Wickford, Britain.

Identiti individu yang disyaki mengetuai ketua kumpulan penggodam komputer global, LulzSec didedahkan semalam sebagai pelajar pintar berusia 19 tahun, Ryan Cleary. Sebuah akhbar melaporkan dia dipercayai mendalangi operasi pencerobohan siber tersebut dengan menggunakan dua buah komputer di bilik tidurnya di banglo milik ibunya di sini.

Ryan ditangkap dalam operasi bersama oleh polis Scotland Yard dan Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) di kediaman ibunya, Rita, 45, yang berharga £330,000 (RM219,545) kelmarin.

"Kemungkinan besar bandar ini merupakan pusat pergerakan untuk menggodam rangkaian komputer milik kerajaan-kerajaan di dunia," kata seorang pakar komputer kelmarin. Pelajar itu kini direman di bawah Akta Penyalahgunaan Komputer dan Akta Penipuan Britain di sebuah balai polis di pusat bandar London. Ibunya yang merupakan seorang jururawat memberitahu, Ryan banyak menghabiskan masa di sisi komputernya. Jelas Rita, anaknya mempunyai sejarah sakit mental dan menghidap agorafobia iaitu penyakit dihantui perasaan takut ketika berada di tempat terbuka tetapi dia seorang yang amat pintar.

Sumber-sumber polis berkata, sejumlah maklumat dan data dirampas daripada sebuah komputer miliknya.
Pihak berkuasa percaya Ryan merupakan 'orang penting' LulzSec, yang mendakwa bertanggungjawab mencuri nama, alamat, data bank dan kata laluan 77 juta pelanggan rangkaian permainan Internet, Sony Playstation.

Selain Sony dan satu lagi firma permainan video, Nintendo, LulzSec turut menceroboh rangkaian komputer Agensi Jenayah Berat Terancang Britain, Agensi Perisikan Pusat (CIA) dan Senat Amerika Syarikat (AS).
LulzSec merupakan kumpulan serpihan geng penggodam Anonymous yang melancarkan serangan siber ke atas firma MasterCard dan PayPal pada tahun lalu.

Kredit: Kosmo Online
Sila baca selanjutnyaBetol-betol Hangat! Identiti penggodam didedahkan

Betol-betol Hangat! Fenomena Aaron Aziz

Oleh Kaki Wayang on

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEj45EOQ2MmJUX_tGUmJ52auvjkSnPZEzVoNk5nU2HgsF-T9-VXesU7uB8Yeh-i1dBczrhx5qYKH-c3RDcXBFrXMgfkqeRTPLtwSX3Ik_AY_m3rgZPrqC881rhtREe6GdtAdeE5nd0rrPH4/s1600/nora-elena-drama-akasia.jpg

SEJAK kebelakangan ini tiba-tiba sahaja nama Aaron Aziz meniti dari bibir ke bibir. Bukan kerana kontroversi tetapi kerana lakonan berkesannya di dalam dua buah karya yang kebetulan disiarkan dalam masa yang sama iaitu filem KL Gangster dan drama Nora Elena.

Maka tidak hairanlah mengapa kini penonton semakin menggilai Aaron Aziz atau nama sebenarnya Aaron Mustapha Aziz terutamanya wanita yang jatuh cinta dengan sisi romantisnya di dalam drama-drama lakonannya.

Jika dilihat kembali kebanyakan watak yang dipegang Aaron dalam filem adalah watak gengster atau samseng, manakala di dalam drama adalah watak romantis.Apa yang boleh Betol-betol Hangat! katakan. Aaron Aziz memang hangat sekarang ni..kalau amik dia berlakon kompom korang akan suka dan box office. Bagi aku yang dah menonton Nora Elena terlebih dahulu daripada KL Gangster. Permainan emosi yang dilakonkan oleh Aaron Aziz sangat berkesan. Bila tengok filem KL Gangster rasa macam tengok Nora Elena. Semuanya disebabkan wataknya yangn dilakonkan dengan penuh penghayatan.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEis8CvVFiAqQTVGTUYeK9WDzh7iTueBnrcBV8wUvLRjBBrr_YJrzIhuZCPuv-2D_mkNL4era4_weAS6tnHXELQCczKZGteQLQd40wd9PSJYeXN9RXv2Uu4MYU-pI6DjJj7yoRUdcA_l/s1600/KL_gangster_poster.jpg

Cuba baca sikit pengakuan Aaron Aziz tentang Drama Nora Elena ni:-
“Saya gembira apabila drama Nora Elena mencipta satu fenomena di mana penonton terkejar-kejar balik rumah untuk menonton drama itu dan ia menghilangkan tekanan pada mereka yang menontonnya.

“Tetapi harus diingat Seth Tan hanyalah watak lakonan bukannya saya yang sebenar. Saya juga tidak mahu kerana watak romantis terlebih dalam Nora Elena membawa masalah kepada orang lain.

“Janganlah kerana menonton drama ini, penonton wanita terutamanya mempertikaikan kenapa suami mereka tidak begitu romantis. Watak Seth hanyalah fantasi. Isteri saya sendiri tanya pada saya kalau dia tidur di bawah adakah saya akan angkat dia naik atas seperti mana dalam drama Nora Elena sebabnya saya sangat berbeza daripada watak Seth itu sendiri,” ucap Aaron.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgFYzKBwqB0H1cf7hFypGzwJHhN7oP59xzHIVDMkOwUV0mPizR27iTbnvvQk32lg0h4EYkf8fKNy5G7pPpzmMKKVPVTMli1HVm8A0I2jrKzECLZjxaXFxuUOfeYfSqXNTzQuU1bVyaE_SgS/s400/BH_16333489.jpg

Jangan lupa tau menonton drama Aaron Aziz yang terbaru, STANZA CINTA..dan aku rasa drama terbaru ini akan mencipta satu lagi fenomena baru Aaron Aziz .

Kredit: Kosmo Online
Sila baca selanjutnyaBetol-betol Hangat! Fenomena Aaron Aziz

Betol-betol Hangat! Faster Web Page Load Time

Oleh Kaki Wayang on

Pertamanya korang g lah check page load time korang yerrr..g kat link ni..Website Speed Test..masukkan domain yakni korang punyer blog address url..pastu press the check! button..there youre..your exactly page load time..



Korang amik tahu tak pasal page load blog korang?kekadang lambat kekadang laju..ada yang leh siap masak Maggi pown belum tentu leh loading keseluruhan web page..lebih-lebih lagi pada blog atau website/ blog yang penuh dengan widget atau "script"..bila dah banyak benda-benda yang remeh diletakkan kat blog dah tentu aka amik masa nak loading widget dan script tu..

Bila keadaan ni semua berlaku..korang akan mengalami satu keadaan yang mana pembaca blog korang akan lari dan lebih sedih lagi..tak nak dah masuk site korang sebab menjahanamkan broadband diorang..so kene berhati-hati dengan penggunaan widget..dan kalau boleh minimize kan penggunaan javascript. Macam mana nak kenal javascript?korang akan tahu ianya javascript dengan adanya code seperti ini:-
Sila baca selanjutnyaBetol-betol Hangat! Faster Web Page Load Time

Betol-betol Hangat! Macam-macam Hal Part 2

Oleh Kaki Wayang on

 Proton Inspira | Klon Mitsubishi Lancer

Macam-macamlah dengan orang kita sekarang ni kan..suka sangat nak tukarkan nama kereta tu jadi nama kereta luar negara..is it nama or jenama?hahahaha..forget it..cuba korang tengok gambar ni..memanglah tak de pe yang menarik..cuma biasanya orang Malaysia yang tak mampu beli kereta buatan luar negara..sebagai contoh kereta Mitsubishi Lancer luar negara berharga lebih kurang RM120k..so rakyat Malaysia tak mampu nak beli kereta jenis tu..walaupun pada dasarnya ada diantara kita yang mampu..
 
 
Bila tak mampu beli ML..macam nilah jadinya..kereta Proton ni ditukarkan namanya kepada Mitsubishi Lancer..tapi kan ada tak kereta Mitsubishi Lancer tukar nama "dia" ke Proton Saga? tak de kan?Tapi  dalam banyak-banyak kereta import ada satu kereta yang BBH nampak ngan search kat google kereta tu tukar kan nama kete tu jadi Proton Vios..biasanya orang Malaysia suka tukar nama kereta tu dari nama kereta Malaysia ke kereta import..sebagai contoh dari Proton Saga ke Mitsubishi Lancer..tapi lain pulak jadinya bila tengok gambar ni...

Proton Vios

Dan ada juga kereta Proton Wira untuk pasaran luar negara ditukarkan ke nama Persona..mungkin sebab nama pemandu tu Persona kot..tak pun nama nenek dia ke..nama awek dia ke..tak pun dia minat Proton Persona tapi tak mampu..so letak nama persona jelaaa..yang penting nama tu ada kat kete dier..


Sila baca selanjutnyaBetol-betol Hangat! Macam-macam Hal Part 2

Betol-betol Hangat! Me, My Life and My Phone

Oleh Kaki Wayang on

Entri ini juga aku amik dari blog lama aku..then post kat sini..sebab malas nak buat entri sama 2, 3 kali..korang baca lah yer..takde paksaan jugak..nak baca, baca..tak nak sudah..
Me, My Life and My Phone

Bosan-bosan cam ni rasa nak update blog lah..bukan x wat keje..tapi pagi ni kene jaga kaunter..macam biasa..staff pompuan g makan..so tinggallah aku sorang2 kat pejabat ni..sementara dorg g makan aka sarapan..aku kene jaga kaunter..so dalam kul 10 nanti dah cukup 2 jam aku jaga menjalankan tugas sirkulasi aku kat kaunter..so aku pla yang g sarapan..jimat lah skit..sarapan merangkap makan tengahari skali..

Sementara tgu dorg balik aku nak update la blog aku ni ngan beberapa artikel-artikel yang aku ingin kongsikan kat korang sume..bukan ape..saje nak kongsikan gadget2 aku ni haa..bukan nak tunjuk2 atau riak yang aku ni ada handphone “mahal” macam ni..tapi just nak kongsikan jorhhh..manalah tau korang pun nak beli juga henpon macam aku ni..

Selama aku hidup ni..aku telah mengenali handphone sejak aku berumur lebih kurang 13-17 tahun lagi..dah tak ingat sebab dah lama..abah belikan handphone NOKIA yang bapokkk besorr itu..siap ada antena lagi..tiap hari main ngan handphone tu..ape lagi main game SNAKE laa..kemudian bila handphone tu dah rosak..aku kemudiannya memiliki handphone yang aku rasa masa tu kira mahallah juga walhal kalau skg hanphone tu masih wujud..rasanya lebih 100 aku leh beli..aku xingat handphone tu..yang aku ingat tu ALCATEL..pastu aku beli HP 2nd hand dari kawan aku..lebih canggih dari hp petama aku..jenama SAMSUNG..pastu bila nak g Muadzam Shah aku beli lagi 1 HP jenama Nokia..yang ni la kira paling canggihlah masa tu kononnyer..maknenyer tadi..pastu aku beli Nokia flip kot..ntah xingat..pastu banyak lagilah..siap tukar2 hp lagi..adalah dalam 10 hp lagi utk sampai ke cite spt diperenggan bawah ni..


Dipendekkan cerita..dalam tempoh 2 tahun ni..aku memiliki handphone canggih yang pertama..versi Touch Screen..Nokia N5800 ngan harga sekirat RM1500.. xsampai setahun phone tu aku kat kawan aku en. Yazid Yahya ngan harga RM1000..pastu aku beli N97 ngan harga RM2100.00..dan handphone itu masih aku guna sampai skg..dah bosan ngan handphone tu..aku beli pula N900 pada tahun 2010..pada tahun lepas harga hp ni RM2399 tapi masa aku beli ngan Public Bank sbb aku ada Credit Card bank tu aku dapat murah dalam RM1599 kot..xcukup ngan itu..aku beli 1 lagi handphone Windows Phone 7 HTC HD7..my most favourite handphone ngan harga RM1699..harga sebenar RM2599 kot..
Sila baca selanjutnyaBetol-betol Hangat! Me, My Life and My Phone
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...