PMS Automech Racing Team Raih Tempat Ke-5!

Politeknik Muadzam Shah telah berjaya mencatat kedudukan di tempat ke-5 dari 36 jentera yang dipertandingkan merangkumi 24 institusi pendidikan IPTA dan IPTS seluruh Malaysia.

Pelajar Politeknik Muadzam Shah Cipta E-Tajwid Untuk Android!

Boleh dikatakan terdapat pelbagai aplikasi bercorak pembelajaran agama untuk para pengguna Android, dan salah satunya adalah aplikasi E-Tajwid untuk Android.

Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan!

"Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan" berjaya memasuki ruangan Berita Harian pada 22 Mac 2013 yang lalu.

Program Imam Muda Musim 1 Politeknik Muadzam Shah!

Sekalung tahniah kepada penganjur program yang begitu bermanfaat ini.

Malam Sejuta Bintang PMS Berlangsung Meriah!

Malam Sejuta Bintang Berlangsung Meriah

Edisi Sentap! Kedai Facebook Pertama Kini Dibuka Di Malaysia

Oleh Kaki Wayang on


Jangan Sentap yer...
Sila baca selanjutnyaEdisi Sentap! Kedai Facebook Pertama Kini Dibuka Di Malaysia

Betol-betol Sentap! Kata-kata yang boleh buat kita menangis!

Oleh Kaki Wayang on

  • Bila mak kata dia teringat, kita jawab kita sibuk sangat.
  • Bila ayah kata dia rindu, kita jawab nantilah hujung minggu.
  • Bila mak minta kita pulang, kita jawab kita belum lapang.
  • Bila ayah minta kita singgah, kita jawab kerja kita belum selesai.
  • Bila hati kita terguris, kita kata “Mak memang tak pernah faham”.
  • Bila hati kita terhiris, kita kata “Ayah memang tak ambil kisah”.

Tetapi:

  • Bila hati mak kita terguris, mak kata “Tak apa, dia masih muda”.
  • Bila hati ayah kita terhiris, ayah kata “Tak apa, belum sampai akalnya”.
  • Bila kita menagis tanda lapar, mak berlari bagai hilang kaki.
  • Bila kita merintih tanda derita, ayah bersengkang mata bagaikan tiada lena.
  • Bila kita sedih kerana gagal, mak setia membekalkan cekal.
  • Bila kita pilu kerana kecewa, ayah teguh berkata dia tetap bangga.

    VIA: BlogAmmar
Sila baca selanjutnyaBetol-betol Sentap! Kata-kata yang boleh buat kita menangis!

Edisi Bengang! Lapan Juta Penonton Saksi Peserta Realiti Dirogol Secara ‘Live’ Di Kaca TV!

Oleh Kaki Wayang on

Program realiti Big Brother versi Brazil mencetuskan kegemparan di negara tersebut apabila salah seorang pesertanya dirogol secara langsung di dalam kaca televisyen.

Model, Daniel Echaniz dituduh mengambil kesempatan meratah tubuh pesaingnya, Monique Amin selepas berakhirnya satu program keramaian.

Dalam episod terbaru Big Brother Brasil itu, yang disaksikan kira-kira lapan juta penonton, menunjukkan Echaniz naik ke katil Monique sewaktu wanita tersebut sedang tidur dalam keadaan mabuk. Kemudian dia menggeselkan tubuhnya dengan wanita itu sebelum berselimut.

Lapan Juta Penonton Saksi Peserta Realiti Dirogol Secara 'Live' Di Kaca TV!

Monique yang berusia 23 tahun itu dikatakan tidak begitu sedar terhadap kejadian yang menimpa dirinya kesan daripada pengaruh alkohol.

Polis mengambil masa kira-kira tiga jam untuk mengambil keterangan Monique berhubung kejadian itu sebelum membawanya ke hospital bagi menjalani pemeriksaan kesihatan.

Echaniz akhirnya disingkirkan serta-merta dari rancangan realiti tersebut dan bakal berhadapan hukuman penjara di antara enam ke 10 tahun jika disabitkan dengan kesalahan.
 
Kredit: MyNewsHub
Sila baca selanjutnyaEdisi Bengang! Lapan Juta Penonton Saksi Peserta Realiti Dirogol Secara ‘Live’ Di Kaca TV!

Edisi Sentap! Azwan Ali Kena Tindakan Gam Oleh Astro Kerana Celupar!

Oleh Kaki Wayang on

Azwan Ali ni memang tidak perlu dipersoalkan lagi mengenai kredebilitinya sebagai seorang yang cukup leser dari sudut percakapan dan tulisan. Banyak artikel dari blog ke laman sosial Twitter menjadi dakyahnya untuk menggunakannya kepada sesuatu yang tidak mahu kita baca. Akibat perbuatannya ini, pihak Astro dikhabarkan telah 'banned' nama Azwan Ali daripada masuk kedalam rangkaian TV itu melalui satu laman blog. Apataknya, terlalu fanatik dengan POLITIK, Tun Mahathir pon dilaserkannya.


Ah siapa yang tidak kenal akan si Azwan Ali yang kini semakin laser tidak pernah bertempat.

Jika tidak di’kaca televisyen, beliau akan luahkan perasaan tidak puas hati beliau yang tidak pernah habis ini ke laman Twitter.

Dahulu Azwan Ali memiliki blog dengan tulisan yang hampir tidak mampu kami baca, tetapi selepas beberapa isu, Twitter menjadi platform rasmi beliau.

Khabar terbaru yang masih belum di’sahkan oleh pihak yang terbabit mengatakan Astro telah pun mengambil tindakan gam terhadap Azwan Ali kerana kenyataan beliau yang berbaur sinis dan celupar yang di’tujukan kepada bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad baru baru ini.

Bukan itu sahaja, ada berita yang kami terima mengatakan telefon bimbit Azwan Ali turut di’rampas semalam kerana di’tuduh mengugut seseorang yang sering terlibat dengan kontroversi politik beliau.

Hmm. Hairan juga kami sebenarnya orang berpelajaran seperti Azwan Ali boleh menggunakan cara komunikasi seperti orang yang tidak belajar sivik. Bukan perkara baru, tetapi masih hairan.

VIA: Rotikaya dan Izyan

Sila baca selanjutnyaEdisi Sentap! Azwan Ali Kena Tindakan Gam Oleh Astro Kerana Celupar!

Edisi Artis! Wawa Zainal Kekasih Baru Shaheizy Sam!

Oleh Kaki Wayang on

pix_gal0
SELEPAS Yana Shamsuddin, Bintang Paling Popular 2010, Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH), Shaheizy Sam dikatakan mempunyai hubungan istimewa dengan bakat baru, Wawa Zainal, pula.

Gara-gara bernaung di bawah syarikat pengurusan yang sama, MIG Talent Management, tidak semena-mena mereka dikaitkan. Sam yang sedang dalam perjalanan menjayakan sebuah sesi fotografi bersama sebuah penerbitan, bagaimanapun tidak melatah dengan khabar angin itu saat dihubungi. 
 
Mudah saja katanya, nombor telefon Wawa Zainal pun tidak dimilikinya. Justeru, penjelasan itu saja mungkin cukup untuk menjawab gosip cinta mereka itu. 
 
“Sam rasa mungkin Wawa yang dimaksudkan itu ialah bekas teman wanita Sam. Kebetulan, mereka mempunyai nama yang sama, jadi mudahlah orang keliru. Sam memang pernah berkawan dengan wanita bernama Wawa, tetapi hubungan kami terputus lima tahun lalu, ketika Sam sedang sibuk dengan filem Bohsia.

“Walaupun kami tidak lagi mempunyai hubungan istimewa, tetapi dia masih baik dengan keluarga Sam. Begitu juga dengan Sam dengan keluarganya, cuma kami tidak berpeluang untuk berjumpa kerana masing-masing sibuk.

“Kalau nak dibandingkan antara Wawa Zainal dengan Yana Shamsuddin, Sam lebih rapat dengan Yana. Sam hanya berjumpa Wawa jika ada majlis di MIG. Kalau berjumpa pun, kami setakat bersalam dan bertegur begitu-begitu saja,” katanya ketika mengulas gosip yang disiarkan dalam ruangan Dengarnya, dalam akhbar ini, semalam.

Dalam artikel berkenaan, Sam dikatakan intim bersama pelakon baru itu dan ibunya juga dikatakan memberikan restu andai hubungan itu serius.

Menurut Sam, dia menyenangi Yana kerana sikap wanita itu yang gila-gila. Bagaimanapun, keakraban mereka tidaklah membawa kepada hubungan istimewa kerana mereka tidak pernah keluar bersama.

“Sam mengaku, Yana pelakon wanita yang paling rapat dengan Sam. Dia seorang yang ‘sempoi’, tidak kontrol cantik, menyebabkan kami mudah ‘ngam’. Sikapnya yang gila-gila juga membuatkan Sam selesa dengannya,” kata Sam.

Sementara itu, Wawa Zainal yang berasal dari Lahad Datu, Sabah, lebih banyak ketawa ketika dihubungi. Dia menyifatkan gosip berkenaan sebagai melucukan kerana berasakan dirinya terlalu kerdil untuk dikaitkan dengan seorang yang berbintang besar seperti Sam.

Sama seperti Sam, kata Wawa, dia hanya bertemu Sam pada majlis anjuran syarikat pengurusan mereka. Selebihnya, sama ada berjumpa atau berhubung melalui telefon, tidak pernah sama sekali terjadi.

“Ketika membaca gosip itu, saya hanya tergelak. Bagi saya gosip itu sungguh lucu, bila masa pula saya ada hubungan dengan Sam kerana hubungan kami tidak lebih sekadar rakan artis.

“Gosip itu memang tak betul sama sekali. Dakwaan mengatakan ibunya merestui hubungan kami pun tidak benar. Saya jumpa ibunya hanya di majlis, kalau berjumpa memang saya ada bersalaman. Tapi ibu Sam tidak mengenali siapa saya.

“Siapalah saya untuk mempunyai hubungan istimewa dengan dia? Saya masih terlalu baru dalam industri ini, sedangkan dia Bintang Paling Popular. Setakat berhasrat untuk berlakon dengan Sam memanglah ada, tetapi tidaklah sampai untuk bercinta. Saya takut pula gosip sebegini akan membuatkan peminat Sam marah,” kata Wawa yang mula dikenali selepas membintangi drama bersiri Ana Lu’lu.

Sila baca selanjutnyaEdisi Artis! Wawa Zainal Kekasih Baru Shaheizy Sam!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...