
PMS Automech Racing Team Raih Tempat Ke-5!
Politeknik Muadzam Shah telah berjaya mencatat kedudukan di tempat ke-5 dari 36 jentera yang dipertandingkan merangkumi 24 institusi pendidikan IPTA dan IPTS seluruh Malaysia.
Pelajar Politeknik Muadzam Shah Cipta E-Tajwid Untuk Android!
Boleh dikatakan terdapat pelbagai aplikasi bercorak pembelajaran agama untuk para pengguna Android, dan salah satunya adalah aplikasi E-Tajwid untuk Android.
Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan!
"Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan" berjaya memasuki ruangan Berita Harian pada 22 Mac 2013 yang lalu.
Program Imam Muda Musim 1 Politeknik Muadzam Shah!
Sekalung tahniah kepada penganjur program yang begitu bermanfaat ini.
Home » All posts
Edisi Informasi! Kesan Memakan Kepak Ayam Kepada Wanita!
Oleh Kaki Wayang on

Kisah Benar “Bahaya Kepak Ayam Pada Wanita”
Pertumbuhan sista(cyst) dalaman. Elakkan daripada memakan kepak ayam (chicken wing) dengan kerap terutamanya kaum wanita.
Kisah
Benar, Seorang rakan baru-baru ini mempunyai ketumbuhan dalam rahim,
dan dia menjalani pembedahan untuk membuang sista tersebut. Sista yang
dikeluarkan adalah dipenuhi dengan darah yang berwarna gelap.
Dia
menyangka bahawa dia akan pulih selepas pembedahan tetapi jangkaannya
salah. Ketumbuhan berlaku hanya beberapa bulan kemudian. Beliau bergegas
turun ke pakar sakit puan itu untuk bertanyakan masalahnya. Semasa
rundingan, doktor bertanya soalan yang memeranjatkan beliau.
Doktor
bertanyakan adakah dia adalah seorang pengguna yang kerap memakan kepak
ayam dan dia menjawab ya, tertanya-tanya tentang bagaimana, dia tahu
tabiat makannya. Sebenarnya pada hari ini ayam disuntik dengan steroid
untuk mempercepatkan pertumbuhan mereka supaya keperluan masyarakat ini
dapat dipenuhi. Keperluan ini adalah tidak lain daripada keperluan untuk
makanan.
Ayam-ayam yang disuntik dengan
steroid biasanya disuntik di leher atau kepak. Ini disebabkan di
tempat-tempat ini bahawa kepekatan tertinggi steroid wujud. Steroid ini
telah menyebabkan kesan ke atas badan kerana ia mempercepatkan
pertumbuhan.
Ia mempunyai kesan yang lebih
berbahaya dalam kehadiran hormon wanita, ini membawa kepada wanita yang
lebih cenderung untuk pertumbuhan sista yang di dalam rahim. Oleh itu,
saya menasihati orang di luar sana untuk melihat diet mereka dan juga
mengurangkan kekerapan mereka memakan kepak ayam.
Edisi Sentap! Sebab-sebab Lelaki Menangis!
Oleh Kaki Wayang on
Lelaki Menangis, Apa Maknanya? Kenapa Lelaki Menangis?
Lelaki
yang selalu mengalirkan air mata adalah lelaki yang kuat imannya.
Biasanya lelaki jenis ini menangis tatkala mengingatkan dosa-dosanya
yang lalu. Dia jua akan menangis kerana terlalu bersyukur, merasa amat
berterima kasih pada nikmat pemberian Allah.
Lelaki
yang tidak malu untuk menitiskan air mata adalah lelaki jujur berhati
bersih. Sekarang, amat susah mencari lelaki jenis ini. Kebanyakan lelaki
yang ada di sekeliling Anda adalah lelaki bersikap egois, maka menangis
sebab teringat dosa pun dia tidak akan mahu buat, apatah lagi menangis
sebab merasa terlalu bersyukur.
Lelaki yang kerap menangis adalah lelaki yang lembut hatinya, penyayang, amat jujur dan setia.
Hatinya
lembut sebab nur iman yang tersimpan di situ menyinarkan mahabbah,
maksudnya rasa berkasih-sayang dan rasa ingi saling mengambil berat. Itu
juga petanda bahawa lelaki jenis ini seorang yang optimis pemikiranya,
bersangka baik dan tidak suka berkata yang buruk walaupun sekelumit
cuma.
Kenapa lelaki menangis?
Kebanyakan lelaki akan menangis apabila:
# Terlalu gembira apabila menyambut kelahiran cahaya mata pertama.
# Teringat dosa-dosa lalu pernah dilakukan olehnya.
# Merasai kesyukuran yang amat mendalam kepada Allah Yang Maha Esa.
# Ibu atau bapanya meninggal dunia.
# Terlalu takut tatkala teringat azab api neraka.
# Terlalu khusyuk di dorong rasa kehambaan di dalam zikir-zikirnya.
# Tersentuh hati tatkala mengenangkan ayat-ayat Al-Quran yang dibaca olehnya.
Edisi Remaja! Cara Nak Memikat Hati Lelaki!
Oleh Kaki Wayang on
Dibawah adalah cara-cara memikat lelaki yang harus wanita tahu:
1. Sentiasa tersenyum dan jangan bersikap sombong apabila berinteraksi dengan si dia.
2. Pandai memasak adalah ciri-ciri utama mengapa lelaki mudah terpikat dengan anda.
3. Berwatakan menarik(Persenoliti yang mampu mengugat hatinya).
4. Jujur dan sentiasa merendah diri.
5. Lakukan apa yang dia suka dan jangan lakukan apa yang dia tak suka.
6. Mempunyai bentuk badan yang menarik (terpulang kepada individu).
7. Mempunyai tingkah laku yang baik dan lemah lembut.
8. Pandai dalam memainkan peranan sebagai seorang wanita ketika berada disamping lelaki yang anda minati.
9. Jangan terlalu mengongkong.
10. Ketika berinteraksi dengan mereka jangan lupa gunakan bahasa tubuh yang anda ketahui seperti mata dan tangan.
11. Jaga cara pemakaian anda,seksi atau tidak terpulang kepada lelaki yang anda minati.
12. Sering memberikan kad ucapan buat si dia yang kamu minati sebagai rancangan pertama memikat dirinya.
13. Lelaki sukakan wanita yang suka berterus terang tanpa menyembunyikan sesuatu.
14.
Apabila berhadapan dengan lelaki yang kamu minati, renung matanya dan
tunjukkan sifat humor kamu. Ini adalah taktik untuk memberitahu si dia
bahawa kamu boleh didekati tetapi bukan beerti kamu ini perempuan
murahan dan mudah didekati.
15. Jangan bersikap selalu jual mahal apabila berada bersama mereka.
16. Bijak menyesuaikan diri dalam apa jua keadaan.
17. Tidak mudah putus asa dan sentiasa berdiri di atas kaki sendiri tanpa meminta pertolongan dari orang lain.
18. Jangan suka bercakap benda yang tidak berfaedah ketika bercakap dengan mereka.
19. Jangan bandingkan ‘dia’ dengan lelaki-lelaki yang pernah kamu kenali.
20. Menjadi temannya ketika dia susah dan senang.
21. Lelaki suka kamu menjadi mendengar yang setia dan tidak suka wanita yang suka membangkang.
22. Yang paling penting lelaki suka dimanjai dengan belaian dan kata-kata yang romantik.
23. Bunyi derapan kasut ketika berjalan juga mampu menarik perhatian lelaki.
24. Lelaki tidak suka jika kamu memakai solekan yang terlalu tebal.
25. Mengetahui bila hari lahirnya.
26. Menghormati dirinya, keluarga dan teman-teman yang rapat dengannya.
27. Bersikap matang dalam tutur-kata dan tingkah laku. Lelaki tidak suka wanita yang bersikap terlalu kebudak-budakan.
28. Agresif.
29.
Jangan terlalu teruja ketika bertemu dan berbual dengannya. Contohnya
berbual terlalu lama di telefon untuk pengenalan pertama.
30. Jangan terlalu bersikap ‘kelakian’ dan ganas dalam perbualan.
31. Jangan terlalu menunjukkan bahawa kami ini terlalu baik dan sempurna.
32. Jangan perasan bahawa kamu mempunyai paras rupa yang jelita.
33. Sentiasa memegang prinsip sederhana dan tidak boros di dalam perbelanjaan.
34. Bersikap keibuan adalah antara tips yang perlu kamu titik beratkan.
35. Sentiasa bercakap lembut dengan mereka.
36. Ketahuilah mereka ini adalah golongan yang terlalu sensitif dan suka akan kelembutan apatah lagi dari seorang gadis.
37. Kenali siapa dirinya yang sebenar sebelum kamu memulakan langkah untuk memikat.
38. Lelaki sukakan wanita yang suka menjaga kulit. Jangan biarkan wajah kamu dipenuhi jerawat batu.
39. Aset penting bagi kamu untuk memikat lelaki adalah mata, punggung dan gaya langkah kamu yang kemas.
40. Jangan bersikap terlalu kuno.
41.
Bertanya khabar sekurang-kurangnya dua kali seminggu agar tali
persahabatan dengannya tidak putus begitu sahaja. Mungkin suatu hari
nanti sikap kamu yang terlalu mengambil berat mampu menarik
perhatiannya.
42. Usia dan bentuk badan
bukanlah menjadi ukuran yang penting, tetapi kecerdikan, kejujuran dan
tingkah laku yang bersopan-santun.
43. Lelaki sukakan seorang wanita yang beriman dan beragama.
44. Menunjukkan bahawa kamu bukanlah seorang gadis yang mudah dipermainkan.
45. Jangan terlalu merengek dan mengada-ngada.
46. Jangan tunjukkan kelemahan kamu ketika berada di samping lelaki yang kamu minati.
47. Lelaki sukakan wanita yang bijaksana dan matang serta mudah diajak berbincang.
48. Berjaya di dalam apa jua bidang yang kamu ceburi.
49. Tidak terlalu meminta dan jaga tata tertib kamu di meja makan.
50. Jangan terlalu mengada-ngada nanti lelaki akan meluat pula dengan kamu!
Edisi Sentap! Video Yang Akan Buat kan Anda Memakai Tudung!
Oleh Kaki Wayang on
Edisi Agama! Cara Bezakan Kucing Sebenar dan Kucing Jelmaan!
Oleh Kaki Wayang on

(Surah Yassin, Ayat 9)
Ayat
tersebut boleh dijadikan sebagai doa pelindung sama ada untuk
melindungi diri, keluarga atau harta. Semasa membaca perkataan "sadda"
yang bermaksud benteng/dinding, bayangkan perkara yang ingin dilindungi
itu dibentengkan oleh benteng yang sangat hebat. Petua ni diambil dari
rancangan Tanyalah Ustaz di TV9 yang membicarakan topik sihir. beliau
merupakan seorang pengamal perubatan Islam.

Selain tu nak kongsi jugak mengenai ciri-ciri kucing jelmaan jin yang dikongsi dalam perbincangan tersebut:
Berwarna hitam. Petua untuk membezakan kucing sebenar dengan kucing jelmaan jin, perhatikan pada mata kucing tersebut sama ada berkelip atau tidak. Sekiranya berkelip, maka itu adalah kucing sebenar. Jika tidak, itu adalah kucing jelmaan jin.
Cara mudah untuk membuatkan mata kucing tersebut berkelip, pegang kepala kucing kemudian garu/usap di bawah leher/tengkuk kucing tersebut. Kucing sebenar pasti akan berkelip matanya sekiranya ia diperlakukan sebegitu, manakala kucing jelmaan jin tetap tidak akan menutup matanya (berkelip).
Jika kucing tersebut adalah jelmaan jin, suruh kucing itu keluar dalam cara apa sekalipun.
