PMS Automech Racing Team Raih Tempat Ke-5!
Politeknik Muadzam Shah telah berjaya mencatat kedudukan di tempat ke-5 dari 36 jentera yang dipertandingkan merangkumi 24 institusi pendidikan IPTA dan IPTS seluruh Malaysia.
Pelajar Politeknik Muadzam Shah Cipta E-Tajwid Untuk Android!
Boleh dikatakan terdapat pelbagai aplikasi bercorak pembelajaran agama untuk para pengguna Android, dan salah satunya adalah aplikasi E-Tajwid untuk Android.
Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan!
"Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan" berjaya memasuki ruangan Berita Harian pada 22 Mac 2013 yang lalu.
Program Imam Muda Musim 1 Politeknik Muadzam Shah!
Sekalung tahniah kepada penganjur program yang begitu bermanfaat ini.
Home » All posts
Edisi Sentap! Kini Tambang ERL Pula Naik, Sehala RM55 Mulai Januari 2016!
Oleh Kaki Wayang on
Dengan penurunan kadar RM/ Liter minyak pada bulan Disember nampaknya seperti sudah jatuh ditimpa tangga. Turun harga ni, naik pula harga ni. Rasanya dulu RM35 je sehala kan? Sekarang dah RM55.00. Kalau orang kaya boleh kot. Tapi rakyat macam Kaki Wayang yang comel dan ensem ni tapi tak berapa nak berduit ni macam tak padan pula naik ERL ke KLIA.
Dengan kenaikan gaji yang bakal diterima oleh kakitangan awam sudah pasti memberi sedikit kelegaan bagi mereka yang ingin membawa keluarga bercuti. Ditambah pula dengan bayaran khas yang bakal diterima januari nanti sudah pasti meringankan beban kakitangan awam yang ingin bercuti bersama keluarga. Walau bagaimanapun, bagi mereka yang tak nak lalui perjalanan yang jauh dari Kuala Lumpur ditambah pula dengan perjalanan yang sesak mungkin perlu mempertimbangkan untuk menggunakan perkhidmatan ERL ini beerbanding menaiki BAS mahupun TEKSI.
KUALA LUMPUR: Express Rail Link Sdn Bhd (ERL) hari ini mengumumkan struktur tambang baharu bagi perkhidmatan perkhidmatan KLIA Ekspres dan KLIA Transit yang akan bermula dari 1 Januari depan. Ketua Pegawai Operasinya, Noormah Mohd Noor, berkata melalui penstrukturan kadar baharu itu, tambang bagi perkhidmatan KLIA Ekspres dan KLIA Transit naik kepada RM55 bagi perjalanan sehala dari KL Sentral ke KLIA /KLIA2.
Katanya, penstrukturan itu adalah yang pertama dilakukan selepas beroperasi selama 14 tahun dan diluluskan oleh Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) mengikut Seksyen 120 Akta Pengangkutan Darat 2010.
Edisi Terkini! Harga Terkini Petrol RON95, RON97 dan Diesel Bagi Bulan Disember 2015!
Oleh Kaki Wayang on
Harga Terkini Petrol RON95, RON97 dan Diesel Bagi Bulan Disember 2015. Assalammualaikum kepada semua pembaca blog Kaki Wayang (tapi tak de review movie pun). Mungkin dah agak terlambat untuk kongsikan mengenai harga terkini petrol dan diesel bagi bulan Disember, tapi terasa nak kongsikan juga. Yela kan blog pelbagai informasi.
Harga Petrol RON95, RON97 dan Diesel Turun
Alhamdulillah bagi bulan Disember harga petrol jenis RON95 turun RM.010 menjadikannya RM1.95 sebagai harga terkini minyak di Malaysia. Kalau dulu bila minyak naik je, malam sebelum kenaikan itu, banyak kereta akan beratur kat stesen minyak. Macam lah esok-esok dia tak kena isi minyak juga. Tapi sekarang budaya kebiasaan pemandu seperti itu sudah tidak kelihatan lagi. Macam dah lali dah dengan perubahan harga minyak di Malaysia.
Harga Minyak Turun, Harga Barang Kekal
Sekarang saya dah guna dua kereta, agak terasa dan memang terasa juga sebenarnya dengan penggunaan minyak ni. Kalau boleh nak turun lagi. RM1.50 ke. Kan bagus macam tu. Macam sekarang purata harga minyak RM2.00, agak terbeban juga sebenarnya. Bukan sekadar itu, harga barang juga naik. Tapi bila harga minyak turun tak de pula harga barang tu nak turun. Okeh lah banyak pula KW ni membebel.
Berikut merupakan harga petrol dan diesel untuk bulan Disember 2015:
Harga Petrol RON 95: RM1.95
Harga Petrol RON 97: RM2.45 (Termasuk 6% GST)
Harga Diesel: RM1.90
Harga Petrol RON 95: RM1.95
Harga Petrol RON 97: RM2.45 (Termasuk 6% GST)
Harga Diesel: RM1.90
Edisi Comel! 10 Foto Si Kecil Paling Comel, Anda Pasti Tertawan!
Oleh Kaki Wayang on
Anak merupakan anugerah terindah. Anugerah yang tidak tandingannya. Amanah Allah SWT yang paling bermakna buat setiap pasangan suami isteri. Tapi segelintir manusia kadang-kadang begitu kejam apabila sanggup membunuh anak-anak mereka. Terkadang terlintas di fikiran ibu apakah ini, bapa apakah ini yang sanggup membuang anaknya ke dalam lubang tandas, yang sanggup membuang anak, sanggup menjual darah daging mereka sendiri. Apakah sudah tidak ada nilai kemanusiaan dalam diri mereka. Marah ni. Marah. Hahahahahaha. Tetiba Kaki Wayang emosi sikit.
Petang ni Kaki Wayang nak kongsikan beberapa gambar si kecil yang sangat comel. Cuba korang tengok wajah-wajah mereka. Comel sangat kan. Pasti akan menyebabkan korang akan tersenyum sorang-sorang.
Edisi Kreatif! Anda Pasti Tak Sangka Lakaran Ini Menjadi Pilihan IKEA Untuk Dijadikan Patung Rasmi!
Oleh Kaki Wayang on
Saban tahun IKEA dengan kerjasama UNICEF dan Save the Children akan menganjurkan beberapa aktiviti. Salah satu aktiviti mereka adalah Soft Toys.
Soft Toys atau anak patung lembut ini adalah sebahagian daripada aktiviti tahunan mereka. Tujuannya adalah untuk membantu meningkatkan tabung dana sekolah, bekalan dan usaha bagi mendapatkan dana pendidikan khususnya kepada kanak-kanak.
Dengan sebab itulah, IKEA kemudiannya memutuskan untuk melantik kanak-kanak sebagai pereka khas kepada Sift Toys ini. Kanak-kanak ini dilantik menjadi pereka cilik IKEA sebagai memenuhi tuntutan kepada rekaan soft toys yang lebih menjurus kepada kanak-kanak.
Dengan sebab itulah, IKEA kemudiannya memutuskan untuk melantik kanak-kanak sebagai pereka khas kepada Sift Toys ini. Kanak-kanak ini dilantik menjadi pereka cilik IKEA sebagai memenuhi tuntutan kepada rekaan soft toys yang lebih menjurus kepada kanak-kanak.
Mari kita lihat beberapa gambar dan lakaran seterusnya lakaran tersebut menjadi realiti. Menjadi salah satu produk soft toys kegemaran kanak-kanak.
Edisi Terkini! Luahan Sayu Terakhir Arwah Pak Yus Yang Mampu Menitiskan Air Mata, Al-Fatihah!
Oleh Kaki Wayang on
Juara Raja Lawak Musim Pertama
SEBAIK saja dinobatkan sebagai juara Raja Lawak Astro musim pertama tiga tahun lalu, nama Yussry Edoo atau lebih mesra dengan panggilan Pak Yus boleh dianggap sepi apabila kemunculannya di persada seni tidak begitu menyerlah berbanding rakan seangkatannya yang lain seperti Zizan, Nabil dan Kumpulan Sepah yang jauh lebih popular berbanding dirinya.
Kecewa dengan tawaran yang tidak kunjung tiba, Yus dilaporkan membawa dirinya pulang ke kampung, dia dikhabarkan merajuk dengan industri hiburan yang seolah-olah meminggirkan dirinya, beliau umpama anak tiri di gelanggang Raja Lawak! Hampir dua tahun Yus menyepikan dirinya sehingga ada dakwaan yang mengatakan Yus sudah mengucapkan selamat tinggal kepada dunia seni!
Tidak cukup dengan itu, Yus juga dilaporkan sudah menjual kereta mewah, TD2000 yang dimenanginya sebagai juara Raja Lawak dulu semata-mata untuk meneruskan kehidupannya. Justeru, Yus dianggap tidak menghargai hadiah yang diperoleh hasil daripada undian peminatnya, sekali gus mengundang pelbagai perspektif negatif di mata orang ramai. Selain berdepan kesempitan hidup gara-gara tidak banyak peluang berlakon, Yus juga dikatakan dipinggirkan saudara kandungnya sendiri. Justeru, sejauh mana kesahihan khabar angin itu? Kesempatan bertemu Yus di Bachok, Kelantan, baru-baru ini, cuba merungkai segala persoalan terhadapnya ketika Yus diberi peluang memegang watak pelakon pembantu menerusi telefilem Tiga Budak Botak – Dua Hari Di Hari Raya.
ARTIKEL BERKAITAN: Wanita Ini Dedah Sikap dan Kebaikan Arwah Pak Yus, Ini Buktinya!
ARTIKEL BERKAITAN: Video Suasana Pengebumian Arwah Pak Yus Jambu - Al-Fatihah!
Nak kata merajuk tu tidaklah sampai begitu sekali, tapi saya ambil keputusan pulang ke kampung sebab tak ada tawaran berlakon, tak ada job! Selepas menang Raja Lawak memang ada tawaran, tapi selepas tu lama saya tak ada job. Saya pun fikir-fikir, nak duduk di Kuala Lumpur ni, kos sara hidup tinggi, lebih baik saya balik kampung, bukannya merajuk…
Memang saya rasa terkilan sebab tak ada job, sedih… Tawaran tu bukannya tak banyak, tapi memang tak ada langsung! Persembahan Gempaq Selebriti Astro, ada juga saya diundang tiga, empat kali, tapi selepas itu dah tak ada lagi. Ada kalanya saya terkejut juga sebab tak ada job langsung. Orang kata saya kekurangan dari segi fizikal, sebab tu tak ada tawaran, tapi saya tak tahu nak cakap macam mana, bagi saya apa yang berlaku ni, rezeki tak memihak kepada saya.
Saya pun ada peminat tersendiri, mungkin pada ketika itu memang betul saya tak ada rezeki. Mungkin juga orang tak panggil saya berlakon sebab tak ada karakter sesuai dengan diri saya. Dah tak ada apa-apa yang boleh saya buat di Kuala Lumpur, saya baliklah ke Perlis. Saya buat kerja lama sayalah, mengajar tarian atau main teater, katanya. Yus juga menjelaskan, dia menetap semula di kampung agak lama iaitu kira-kira dua tahun selepas tak ada langsung peluang diberikan kepadanya.
Justeru, saya nak perbetulkan tanggapan orang, selama dua tahun saya balik ke Perlis, bukannya merajuk kepada industri seni, sebaliknya saya tak diberikan peluang langsung. Saya tak mampu tinggal di Kuala Lumpur. Saya pun bukan orang senang, saya pun dah tak ada keluarga, mak ayah dah tak ada.
Tumpang Makan Di Rumah Jiran
Dulu kalau sesak-sesak boleh jugalah minta duit daripada mereka. Kalau di Perlis, kos sara hidupnya rendah, setakat RM2 dah boleh makan. Kalau tak cukup makan, rumah jiran-jiran di kampung, bolehlah saya tumpang makan, tapi kalau di Kuala Lumpur, mana ada orang nak bagi saya makan…
Kadang-kadang kalau di kampung, ada show, bayar sekadar RM300 pun saya ambil, tak ada masalah. Bagi saya, RM300 pun dah besar sangat. Bagaimanapun, saya tidak menyalahkan nasib, atau rasa diri ini anak tiri, sebaliknya saya lebih percaya kepada rezeki, memang rezeki tidak memihak kepada diri saya. Rezeki itu memang ada, tapi pada ketika itu, Tuhan menurunkan rezeki kepada orang lain, katanya.
Yus akui, rakan seperjuangannya seperti Zizan dan Johan, lebih menonjol berbanding dirinya ketika ini tetapi beliau tidak kisah atau berasa cemburu sebab percaya rezeki itu hak masing-masing.
Lagipun Zizan dan Johan menyerlah dalam bidang pengacaraan, manakala saya lebih terarah ke bidang lakonan. Bagi saya rezeki masing-masing, perjalanan seni ini masih jauh, ada kalanya kita berada di atas, ada ketikanya pula kita di bawah, katanya.
Pernah Hidup Merempat, Mula Dikesan Mempunyai Masalah Jantung
Sebelum ini memang saya tak berniat nak jual TD2000 itu, sebab ia satu kenangan, hadiah juara Raja Lawak saya dulu, lagipun peminat yang SMS sehingga saya berpeluang memiliki kereta itu. Kadang-kadang kalau ada show, saya bawa TD2000 tu. Namun, selepas saya menjalani penggambaran drama Hanya Tuhan Yang Tahu di Sabak Bernam, Selangor, ketika dalam perjalanan pulang, ada sesuatu berlaku pada diri saya.
Angin tak mahu keluar daripada badan. Selepas menjalani pemeriksaan di hospital, akhirnya saya dimaklumkan, saya ada masalah jantung. Saya ditahan di wad dan selepas pemeriksaan lanjut, tahap kolesterol saya terlalu tinggi! Saya terbayang, fikiran berpusing ligat seperti kipas yang saya pandang berpusing laju.
Baru saya teringat, saya ni tak ada tanah, tak ada rumah, duit pun tak ada. Nak shooting di Kuala Lumpur, saya kena naik bas dari Perlis. Akhirnya saya ambil keputusan menjual TD2000 itu kepada seorang Cina di Ipoh, Perak. Dia bagi saya sebuah kereta Waja dan sejumlah wang tunai. Dapatlah saya meneruskan kehidupan. Sekarang, Alhamdulillah, saya semakin stabil mengurus kerjaya.
Bukannya saya tidak menghormati perasaan peminat sehingga tekad menjual kereta berkenaan, sebaliknya saya benar-benar kesempitan wang. Tak ada tempat nak bergantung. Saya hidup merempat, lebih-lebih lagi apabila saya kehilangan orang tua. Saya akui, dulu memang abang-abang saya tak ambil tahu perihal diri saya, tapi sekarang ni Alhamdulillah, ikatan silaturahim itu sudah kembali jernih.
Dulu memang saya terkilan, abang-abang saya tidak mempedulikan diri saya. Memang saya sedih, sebaik kehilangan orang tua, saya pernah berpuasa dan berhari Raya seorang diri selama beberapa tahun. Saya menangis seorang diri apabila saudara kandung sendiri tidak ambil pusing mengenai diri saya. Tapi, berkat kesabaran, hubungan yang dingin itu, dapat dipulihkan semula.
Sekarang saya lihat rezeki pemenang Raja Lawak musim terbaru seperti Wan, Achoe dan Idlan lebih terbuka luas. Sebaik saja mereka dinobatkan sebagai juara dan naib juara, terus mereka dapat tawaran berlakon, itu rezeki mereka. Pada masa sama, saya dipanggil untuk membintangi drama bersiri dan telefilem Tiga Budak Botak sebagai pelakon pembantu, jadi itu rezeki saya, kata Yus.
Al-Fatihah buat arwah Pak Yus.