Dengan penurunan kadar RM/ Liter minyak pada bulan Disember nampaknya seperti sudah jatuh ditimpa tangga. Turun harga ni, naik pula harga ni. Rasanya dulu RM35 je sehala kan? Sekarang dah RM55.00. Kalau orang kaya boleh kot. Tapi rakyat macam Kaki Wayang yang comel dan ensem ni tapi tak berapa nak berduit ni macam tak padan pula naik ERL ke KLIA.
Dengan kenaikan gaji yang bakal diterima oleh kakitangan awam sudah pasti memberi sedikit kelegaan bagi mereka yang ingin membawa keluarga bercuti. Ditambah pula dengan bayaran khas yang bakal diterima januari nanti sudah pasti meringankan beban kakitangan awam yang ingin bercuti bersama keluarga. Walau bagaimanapun, bagi mereka yang tak nak lalui perjalanan yang jauh dari Kuala Lumpur ditambah pula dengan perjalanan yang sesak mungkin perlu mempertimbangkan untuk menggunakan perkhidmatan ERL ini beerbanding menaiki BAS mahupun TEKSI.
KUALA LUMPUR: Express Rail Link Sdn Bhd (ERL) hari ini mengumumkan struktur tambang baharu bagi perkhidmatan perkhidmatan KLIA Ekspres dan KLIA Transit yang akan bermula dari 1 Januari depan. Ketua Pegawai Operasinya, Noormah Mohd Noor, berkata melalui penstrukturan kadar baharu itu, tambang bagi perkhidmatan KLIA Ekspres dan KLIA Transit naik kepada RM55 bagi perjalanan sehala dari KL Sentral ke KLIA /KLIA2.
Katanya, penstrukturan itu adalah yang pertama dilakukan selepas beroperasi selama 14 tahun dan diluluskan oleh Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) mengikut Seksyen 120 Akta Pengangkutan Darat 2010.