DUA kren digunakan untuk mengangkat seekor ikan yu gergasi di Karachi pada Selasa lalu.
Seekor ikan yu gergasi yang ditangkap pada Selasa lalu oleh
sekumpulan nelayan 128.74 kilometer di luar pantai Pakistan dibeli pada
harga AS$2,200 (RM6,614) oleh seorang penjual ikan dikenali sebagai
Qasim untuk dipamerkan kepada orang ramai selama tiga hari.
"Saya telah membeli ikan itu yang pada kebiasaannya tidak mempunyai
kepentingan nilai komersial, dengan bantuan rakan-rakan saya hanya untuk
menghargai usaha-usaha para nelayan yang sepatutnya mendapat sedikit
ganjaran selepas menghabiskan masa satu hari di laut terbuka," kata
Qasim seperti dilaporkan akhbar Pakistan Dawn.
Menurut akhbar The Express Tribune semalam, orang dewasa yang
ingin melihat ikan yang dianggarkan seberat 7,013 kilogram dan sepanjang
12.19 meter itu dikenakan bayaran manakala kanak-kanak dibenarkan
melihatnya dengan percuma.
Ketika ditanya kenapa ikan tersebut masih berdarah, Qasim berkata, ia
menunjukkan haiwan tersebut masih berada dalam keadaan segar.
Pemilik sebuah kapal nelayan, Muhammad Yousuf menyatakan kepada akhbar The Express Tribune bahawa para pekerjanya menemui ikan tersebut yang telah mati di laut sebelum ia dibawa ke pelabuhan di sini.
Ribuan orang telah menyaksikan ikan itu selepas dua buah kren digunakan untuk mengangkatnya di pelabuhan pada Selasa lalu.
Mengenai Penulis:
Kaki Wayang mula terlibat dan serius dalam dunia penulisan kreatif sejak tahun 2006. Beliau juga terlibat dalam penciptaan lagu dan lirik lagu Nasyid dan pernah menjulang nama Politeknik Muadzam Shah apabila menjuarai Pertandingan Lagu-lagu Patriotik di PNM, Kuala Lumpur pada tahun 2007.
Ikuti perkembangan terbaru beliau melalui @ Blog Paling Hangat! | Facebook