10 Negara Mempunyai Rakyat Paling Pemurah Di Dunia. Pada tahun ini The World Giving Index sekali lagi mengeluarkan senarai 10 Negara Paling Pemurah Di Dunia. Markah diberikan berdasarkan kepada kerja-kerja sukarela, memberi bantuan kepada orang asing dan tidak dikenali serta memberikan derma dalam bentuk kewangan. Kesemua sumbangan berkenaan kemudiannya digabungkan dengan sumbangan yang dihulurkan di peringkat global.
Melalui senarai World Giving Index 2015 yang telah dikeluarkan, berikut merupakan 10 Negara Paling Pemurah Di Dunia:
1. Myanmar
Melalui senarai World Giving Index 2015 yang telah dikeluarkan, berikut merupakan 10 Negara Paling Pemurah Di Dunia:
1. Myanmar
Tahukah anda Myanmar merupakan negara yang mempunyai rakyat paling pemurah di dunia. Myanmar mendahului senarai dari segi derma dan menyertai kerja-kerja sukarelawan. Pada tahun 2014, 92% daripada rakyatnya menderma. Kebanyakan derma yang diberikan adalah sebagai tanda taat setia mereka kepada Theravada Buddha yang percaya percaya bahawa sikap suka menderma sangat penting kepada agama mereka. Walaupun sumbangan yang diberikan itu dalam jumlah yang kecil namun aktiviti itu dilakukan setiap hari.
2. USA
USA merupakan antara kuasa besar di dunia. Tahun lepas USA berada di tangga pertama dalam senarai mempunyai rakyat paling pemurah di dunia. Namun begitu pada tahun ini USA mengalami penurunan dan jatuh ke tempat kedua. Ini didorong oleh penurunan 5% dari segi wang yang diderma, manakala bagi sumbangan dalam bentuk kerja amal USA berada di tangga ke-12.
3. New Zealand
Melihat kepada gambar di atas, sudah pastinya anda terbayangkan All Blacks. Warga New Zealand adalah negara ke 3 paling aktif menjadi sukarelawan pada tahun ini dan jumlah sumbangan kewangan kepada badan amal meningkat sebanyak 11%.
4. Kanada
Walaupun peratusan menderma bagi rakyat Kanada mengalami penurunan, namun begitu 44% warganya menawarkan diri sebagai sukarelawan. Satu pendapaian yang begitu memberangsangkan.
5. Australia
Pada tahun ini Australia menokok satu tangga ke kedudukan kelima dalam senarai. Ini didorong dengan kenaikan peratusan menderma kepada badan amal dan kebajikan sebanyak 6%. Selain itu, masa yang diperuntukkan warganya sebagai sukarelawan adalah sebanyak 3%.
6. United Kingdom
Hahahaha. Ini bukan James Bond yer. Gambar hiasan sahaja. Buat pengetahuan pembaca, tahun lepas UK dan Malaysia berkongsi di tangga ke 7. Tahun ini UK naik ke tangga ke-6 atas peningkatan 32% dari segi jumlah populasi sukarelawan yang menyumbang kepada kenaikan tenaga berbanding 29% pada tahun lepas.
7. Netherland
Tahun lepas Netherland terkeluar daripada senarai Top 10 tapi tahun ini ia kembali memasuki senarai dengan peningkatan sama rata dari segi bantuan kepada orang asing, kerja sukarela dan juga bantuan dalam bentuk dana/ kewangan.
8. Sri Lanka
Sri Lanka? Perghhhh. Mantop rakyat Sri Lanka. Tahukah anda rakyat negara ini memberikan komitmen yang tinggi untuk kerja-kerja sukarelawan. Sebanyak 48% rakyatnya mengambil bahagian dalam aktiviti sukarelawan dan berada di tangga ke 2 dari segi kesanggupan meluangkan masa untuk membantu orang lain.
9. Ireland
Pada tahun lepas Ireland berada di tangga ke 4 tetapi tahun ini merudum ke tangga 9. Namun begitu, dari segi memberikan bantuan dana kewangan, warga Ireland berada di tangga 8 tetapi apabila melibatkan bantuan kepada orang yang tidak dikenali, rakyat negara ini berada di tangga ke-37.
10. Malaysia
Malaysia terkenal dengan derma R2.6billion. Eh tak, tak. Sorry, sorry Pak Jib. Meskipun Malaysia jatuh ke tangga 10 (tahun lepas tangga ke 7), warga Malaysia masih diberi markah yang baik kerana membantu orang yang tidak dikenali (ke 27 dunia) dan menderma dana (nombor 17) tetapi dari segi memberikan masa untuk kerja-kerja sukarela telah menurun daripada 41% ke 37%.
Kredit: TheVocket