PMS Automech Racing Team Raih Tempat Ke-5!

Politeknik Muadzam Shah telah berjaya mencatat kedudukan di tempat ke-5 dari 36 jentera yang dipertandingkan merangkumi 24 institusi pendidikan IPTA dan IPTS seluruh Malaysia.

Pelajar Politeknik Muadzam Shah Cipta E-Tajwid Untuk Android!

Boleh dikatakan terdapat pelbagai aplikasi bercorak pembelajaran agama untuk para pengguna Android, dan salah satunya adalah aplikasi E-Tajwid untuk Android.

Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan!

"Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan" berjaya memasuki ruangan Berita Harian pada 22 Mac 2013 yang lalu.

Program Imam Muda Musim 1 Politeknik Muadzam Shah!

Sekalung tahniah kepada penganjur program yang begitu bermanfaat ini.

Malam Sejuta Bintang PMS Berlangsung Meriah!

Malam Sejuta Bintang Berlangsung Meriah

Betol-betol Hangat! HDR goes again 2..(The Granny Attic)

Oleh Kaki Wayang on

Setelah beberapa kali membuat dan mengedit  gambar-gambar dalam bentuk HDR..kini aku kembali dengan gambar-gambar edit yang baru..Untuk pengetahuan para pembaca gambar yang diambil merupakan gambar bilamana Politeknik Muadzam Shah menganjurkan pendakian Kuala Tahan yang dianggap lebih mencabar, memeritkan dan meletihkan berbanding dengan mendaki Gunung Kinabalu..


Sila baca selanjutnyaBetol-betol Hangat! HDR goes again 2..(The Granny Attic)

Betol-betol Hangat! Wanita Solat Jumaat

Oleh Kaki Wayang on

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgfOeiy_MdVl9awaa_8GUrFUMASbRLalcAsT01gyElWBU7bTvOr7Xl0Y_4qdKL2qMbn0sRnrhqgIbj_t9LejLrPJv22IrWpaaR_jEomumdzxlrqg_InZljL975PXuEAgjw3rJSlDO1329M/s400/23012009+013.jpg

Seramai kira-kira 60 golongan wanita daripada pelbagai peringkat umur meluangkan masa menunaikan solat Jumaat di Masjid Hamidi Manjalara Kampung Kepala Bukit dekat sini, bersempena majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri yang disambut di situ semalam.

Sinar Harian difahamkan kebanyakan golongan wanita dalam kariah masjid itu mengambil peluang menunaikan solat Jumaat bersama-sama golongan lelaki walaupun hukum menunaikan solat Jumaat adalah harus bagi wanita.

Justeru, golongan wanita yang hadir menunaikan solat Jumaat semalam meluahkan rasa gembira dan ia adalah pengalaman baru kerana pertama kali mereka menunaikan solat itu.

Imam Masjid Hamidi Manjalara Kampung Kepala Bukit, Ghazali Zakaria berkata, masjid ini mencatat sejarah apabila buat pertama kalinya apabila jemaah perempuan menunaikan solat Jumaat.

“Sebelum ini masjid berkenaan tidak pernah dihadiri golongan perempuan ketika solat Jumaat dan hari ini (semalam) adalah kali pertama golongan perempuan hadir.

“Solat Jumaat adalah harus bagi golongan wanita namun, jika sambutan kehadiran yang diberikan golongan wanita berterusan pada minggu seterusnya adalah perkara baik dan saya akan menyediakan tempat solat untuk mereka memandangkan jumlah jemaah lelaki agak ramai di masjid ini,” katanya ketika ditemui di masjid itu semalam.

Menurutnya, pihak jawatankuasa masjid sudah memberikan pandangan mengenai majlis sambutan Aidilfitri di masjid ini dan mencadangkan supaya menjemput jemaah wanita untut turut serta menunaikan solat Jumaat.

“Cadangan itu disambut baik dengan jumlah kehadiran yang ramai dan perkara ini jarang sekali diadakan di masjid lain dalam daerah ini dan perkara ini diharap menjadi contoh oleh masjid di tempat lain,” katanya.

Sementara itu, jemaah wanita Norma Yahya, 56, berkata, dia pertama kali mengikuti solat Jumaat dan ini adalah satu pengalaman baru baginya.

“Ini adalah satu pembaharuan bagi diri saya untuk sama-sama mengikuti solat Jumaat kerana sebelum ini hanya golongan lelaki sahaja yang menunaikan solat Jumaat.

“Saya akan datang tiap-tiap minggu jika sambutan menggalakkan,” katanya.
Sila baca selanjutnyaBetol-betol Hangat! Wanita Solat Jumaat

Betol-betol Gempak! Wanita paling gemuk di dunia

Oleh Kaki Wayang on

PAULINE salahkan gen. 

Seorang wanita yang kini mempunyai berat badan 317.51 kilogram (700 paun) secara rasmi menjadi wanita paling gemuk di dunia. Pauline Potter, 47 tahun dari Sacramento, California berkata, dia kini berhasrat mengurangkan berat badan supaya dapat menikmati kehidupan semula. Pauline mendakwa, lelaki sebelum ini menganggap dia `dewi seks’ dan dia mengadakan seks setiap hari.

Tetapi sekarang, dia menjalani kehidupan yang sukar dan tidak boleh berpusing ketika tidur, malah tidak muat untuk masuk ke dalam kereta. Dia mahu mengurangkan berat badannya hingga ke 91 kilogram sekiranya dia mahu kembali menari, pergi makan angin ataupun hanya duduk di kerusi di dalam teater. Pemegang rekod dunia ini menyalahkan cara dia dibesarkan sehingga menyebabkan berat badannya naik.

“Katanya, keturunannya memang gemuk dan ketika dia masih kanak-kanak, hidupnya dikelilingi oleh makanan. "Berat badan ibu saya ialah 181 kilogram dan bapa saya pula lebih 272 kilogram,” katanya. “Saya ada lapan adik beradik dan mereka semua mempunyai berat badan melebihi 136 kilogram, kecuali seorang.” "Setiap kali kami meraikan sesuatu, kami akan makan. Ketika bersedih, jatuh atau terluka lutut, kami akan dipujuk dengan aiskrim.”

Kata Pauline, dia sudah beberapa kali menangguhkan untuk kurangkan berat badan, tapi kali ini dia buat keputusan yang dia harus ambil tindakan untuk mengurangkan saiz badannya itu kerana dia menghadapi kesukaran menjalani hidup dan terpaksa bergantung kepada anak lelakinya.

Sila baca selanjutnyaBetol-betol Gempak! Wanita paling gemuk di dunia

Betol-betol Melampau! Harga Baru PRODUK Maxis selepas KENAIKAN cukai!

Oleh Kaki Wayang on

Sila baca selanjutnyaBetol-betol Melampau! Harga Baru PRODUK Maxis selepas KENAIKAN cukai!

Betol-betol Sengal! Susulan Kenaikan Cukai PRABAYAR!

Oleh Kaki Wayang on

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiRtNCShxiqdGpIeOgcFjUZmg1Pj7uIMWJ9NX6eqQUCVFhkga952ysIrvwF7N5jzyBEajEjCZVsrL3V14qARFPjnKresMuddQX22B_AFnp-LOH0-3bphyI0ko5RKGZzVWq_hwQ3ucH9youQ/s1600/hu.jpg 

SOURCE: Blog SERIUS
Sila baca selanjutnyaBetol-betol Sengal! Susulan Kenaikan Cukai PRABAYAR!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...