Edisi Sentap! Kenapa Tak Berbaloi Langgan ASTRO?

Oleh Kaki Wayang on



Kenapa Tak Berbaloi Langgan ASTRO? Persoalan yang selalu timbul dalam benak fikiran rakyat Malaysia. Boleh kata, dah ramai dah kat Malaysia ni yang mempunyai ASTRO. Kadang-kadang ada yang sampai 2 ASTRO kat umah.

Di sebuah kampung bernama Antolob di Sabah, ada sebuah rumah tu ada dalam 7-10 ASTRO. Perghhhhh memang kaya mamat ni. Setiap ruang dalam rumah tu ada ASTRO. Kalau dulu ASTRO best jer. Sebab tak banyak iklan dan tak banyak siaran yang berulang. Tapi lah ni? Jap lagi Kaki Wayang jawab.

Berikut merupakan 5 sebab tak berbaloi langgan ASTRO:

1. Pakej Terlalu Mahal

Mahal. Siapa yang nak kan. Orang kaya pun selagi boleh tawar-menawar pasti akan dicubanya sampailah murah. Salah satu sebab tak berbaloi melanggan ASTRO adalah kerana pakejnya yang terlalu mahal. Paling murah adalah RM45.00++. Astro SuperPack 1, 2, 3 dan SuperPack Plus rasanya terlalu mahal untuk dilanggan dan para pengguna terikat dengan pilihan pakej di dalam sesebuah pakej. So, kalau boleh ikutlah kemampuan kita. Ukur baju di badan sendiri. Jangan ukur kat badan orang lain nanti kene hempuk kepala.

2. Siaran Berulang

Tidak dinafikan lagi. Kalau tak de siaran berulang itu bukan ASTRO namanya. Kalau pegi kat HBO, Cinemax, FOX Premium, FOX Action Movies dan FOX HD atau mana-manalah channel kebanyakkannya siaran filem berulang-ulang setiap hari. Melainkan adanya promosi perdana dari channel itu sendiri. Sebagai contoh filem Hobbit. Dalam sehari paling kurang sekali atau 2 kali ditayangkan. Dah kalau seminggu tak ke muntah hijo namanya. Mahal pula tu. Kat channel lain lagilah, siaran drama lapanblasratus diulang-ulang. Ngeeee.

3. Iklan Yang Banyak

Salah satu sebab kenapa pelanggan mahu melanggan ASTRO adalah sebab nak mengelak iklan yang banyak dan lama. Dah namanya siaran berbayar. Takkan pelanggan bayar semata-mata nak tengok iklan. Cuba tengok TV1, TV2 dan TV3 dan seterusnya, iklan kemain 5 minit. Upin Ipin bape minit jer, sekali iklan mau 5 minit. Tup tup eh dah habis dah Upin Ipin. Hahahaha. Dulu yer ASTRO kurang iklan. Tapi sekarang banyak giler iklan. Tau iklan itu salah satu sumber pendapatan syarikat, tetapi memadailah iklan yang sedikit.

4. Siaran Hilang/ Terganggu Dek Kena Culik Alien

Bukan hilang sebab alien. Tapi siaran tetiba hilang sebab hujan. Siaran terganggu! Tu yang malas dan tak berbaloi nak langgan ASTRO ni. Kadang-kadang angin sepoi-sepoi "language" pun dah keluar warning siaran terganggu. Bayangkan tengah tengok bola, nak gol dah, sekali siaran terganggu spoil ke x spoil? Kadang-kadang ada yang menyumpah pun ada. mencarut apatah lagi.

5. Ada NJOI

Tak perlu nak cakap panjang-panjang, sebab siaran ni siaran free je. Cuma pada permulaannya kena lah bayar sikit untuk pemasangan. Doh siap pasang, buleh doh tengok. Tak yoh nok pikir bayar bulan-bulan. Tak yoh sakit kepala nok pikir. Nok tengok channel lain baru bayar, beli prepaid pahtu doh buleh tengok. Kalu ta mboh tengok tak yoh beli prepaid.

Mengenai Penulis:

Kaki Wayang mula terlibat dan serius dalam dunia penulisan kreatif sejak tahun 2006. Beliau juga terlibat dalam penciptaan lagu dan lirik lagu Nasyid dan pernah menjulang nama Politeknik Muadzam Shah apabila menjuarai Pertandingan Lagu-lagu Patriotik di PNM, Kuala Lumpur pada tahun 2007.

Ikuti perkembangan terbaru beliau melalui @ Blog Paling Hangat! | Facebook

Comments
0 Comments

{ 0 Komen Membina!... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...