Siti Nurhaliza Sah Mengandung. Berita paling sensasi masa kini sudah tentunya berkenaan dengan penyanyi nombor satu negara Datuk Siti Nurhaliza. Bukan sebab dia comel sangat, atau cantik sangat atau pape lah. Tapi mengenai Siti Nurhaliza sah mengandung. Walaupun berita ni dah agak lama lah juga dalam seminggu dua kot. Aku yang lambat kau yang panas! Yelaaa dulu pun ada berita mengenai ni juga tapi tak betul. Kali ini sudah di sahkan. Tahniah Datuk K dan Siti Nurhaliza. Rezeki Allah SWT.
Ia, memang benar Siti Nurhaliza sudah mengandung. Kehamilannya kini dalam usia sekitar enam ke lapan minggu. Jika dilihat dalam kenyataan-kenyataan kepada media, baik Siti mahupun suaminya, Datuk Khalid sendiri tidak ‘mengiyakan’ berita kehamilan itu. Bagaimanapun, dalam masa yang sama, mereka juga tidak membuat ‘penafian’ kerana memang benar Siti sudah hamil.
Tindakan ini bukan untuk membuatkan orang lain tertanya-tanya, juga bukan niat mereka untuk menyembunyikan berita baik itu. Tetapi dalam usia kandungan yang masih terlalu awal lagi, eloklah tidak terlalu didedahkan.Selain itu juga, pesan orang tua-tua juga diambil kira dalam soal ini. Tidak boleh terlalu bersuka ria dalam soal sebegini.
Apabila sampai waktunya nanti, pada masa yang lebih sesuai, mereka akan tampil dan berkongsi berita baik itu dengan semua. Apa yang penting, kita semua memberikan doa agar Siti Nurhaliza yang kita sayangi sentiasa sihat dan melahirkan bayi sulungnya dengan selamat pada tahun depan.