Betol-betol Hangat! Sepanyol mudah belasah AS

Oleh Kaki Wayang on

 
 Dua jaringan penjaring berbisa Villareal Santi Cazorla pada separuh masa pertama membantu juara dunia Sepanyol mudah membelasah Amerika  Syarikat 4-0 pada perlawanan persahabatan yang berlangsung lewat pagi tadi. Jaringan Cazorla hadir pada minit 28 dan 41 selepas tidak dikawal rapi oleh pertahanan pihak lawan dalam kotak penalti serta turut dibantu dengan hantaran  kemas serta mantap daripada pemain tengah Manchester City David Silva.
Manakala Alvaro Negredo menambah sengsara Amerika apabila turut menyumbangkan gol sebelum tamat separuh masa pertama yang bermula daripada hantaran Xabi  Alonso, Negredo mudah menyepak masuk gol menewaskan Tim Howard pada minit ke-32.

Kemenangan bergaya Sepanyol dilengkapkan dengan jaringan bintang Chelsea Fernando Torres (minit 73) yang merembat cantik ke penjuru gol selepas mendapat  hantaran lintang daripada Borja Valero. Tanpa pemain bintang mereka Landon Donovan, AS nyata tampak tempang dan gagal mendominasi permainan yang keseluruhannya dikawal oleh para pemain Sepanyol  sejak wisel mula lagi.

Disamping itu, jurulatih Bob Bradley juga turut tidak menyenaraikan kesebelasan utamanya dengan lebih banyak menggunakan muka baru sebagai mengutip  pengalaman. Kali terakhir kedua-dua pasukan bertembung ialah semasa separuh akhir Piala Konfederasi FIFA 2009 yang berlangsung di Afrika Selatan, Amerika membenam  Sepanyol 2-0 ketika pertemuan itu.

Mengenai Penulis:

Kaki Wayang mula terlibat dan serius dalam dunia penulisan kreatif sejak tahun 2006. Beliau juga terlibat dalam penciptaan lagu dan lirik lagu Nasyid dan pernah menjulang nama Politeknik Muadzam Shah apabila menjuarai Pertandingan Lagu-lagu Patriotik di PNM, Kuala Lumpur pada tahun 2007.

Ikuti perkembangan terbaru beliau melalui @ Blog Paling Hangat! | Facebook

Comments
0 Comments

{ 0 Komen Membina!... read them below or add one }

Post a Comment