Betol-betol Sakit Hati! England bergelut hadapi Switzerland

Oleh Kaki Wayang on

 
England terpaksa bergelut dan terpaksa bangkit daripada  ketinggalan untuk mengikat Switzerland seri 2-2 di dalam perlawanan  kelayakan Euro 2012 yang berlangsung lewat pagi tadi di Stadium Wembley,  London.Dua gol oleh pemain tengah Swiss, Tranquillo Barnetta pada separuh masa  pertama hampir memalukan skuad bimbingan Fabio Capello yang bermain di  gelanggang sendiri.
Kedua-dua jaringan Barnetta berpunca daripada kesilapan penjaga gol  England, Joe Hart yang terlalu cuai dihadapan pintu gol. Jaringan oleh pemain tengah Bayern Leverkusen itu kedua-duanya bermula  daripada sepakan percuma di bahagian sebelah kiri padang pada minit ke 32  dan 35. Capello enggan menyalahkan Hart sebaliknya menegaskan ia adalah kesilapan  keseluruhan pertahanan kerana gagal mengeluarkan bola secara cepat dari  kawasan bahaya.

"Ia satu kesilapan, kedua-dua gol tersebut berpunca daripada kegagalan  kami membuang bola keluar dari kawasan bahaya," ujar Capello.

Kebangkitan dipamerkan para pemain England pada separuh masa kedua dengan  menampilkan corak permainan pantas dan tersusun, ia sekaligus membantu  mereka mengejar dan mengikat keputusan seri 2-2 namun masih gagal mencari  gol ketiga kemenangan.

Gol semangat dijaringkan oleh Frank Lampard selepas pengadil perlawanan  menghadiahkan sepakan penalti kepada England kerana Johan Djourou  mengasari Jack Wilshere. Pemain gantian Ashley Young menyelamatkan maruah England apabila  menjaringkan gol penyamaan selepas menerima hantaran cantik daripada  pemain Chelsea Ashley Cole. Momentum hebat anak buah Capello tidak terhenti setakat itu sahaja apabila  serangan demi serangan dilancarkan ke arah kubu lawan.

Darren Bent terlepas peluang terbaiknya untuk membantu England meraih mata  penuh apabila gagal menyudahkan peluang pada minit ke-71 meskipun pintu  gol sudah terbuka luas. Kedudukan 2-2 kekal hingga tamat wisel permainan antara England menentang  Switzerland.

Dengan keputusan seri ini menyaksikan England menduduki tangga kedua  Kumpulan G dan dibezakan tiga mata dengan pendahulu Montenegro yang  mengutip 10 mata di dalam empat perlawanan.

Mengenai Penulis:

Kaki Wayang mula terlibat dan serius dalam dunia penulisan kreatif sejak tahun 2006. Beliau juga terlibat dalam penciptaan lagu dan lirik lagu Nasyid dan pernah menjulang nama Politeknik Muadzam Shah apabila menjuarai Pertandingan Lagu-lagu Patriotik di PNM, Kuala Lumpur pada tahun 2007.

Ikuti perkembangan terbaru beliau melalui @ Blog Paling Hangat! | Facebook

Comments
0 Comments

{ 0 Komen Membina!... read them below or add one }

Post a Comment