Betol-betol Informasi! Malas bergerak?

Oleh Kaki Wayang on

 
Jika anda memang malas untuk melakukan aktiviti-aktiviti cergas, risiko obesiti lebih mudah menyerang. Malas bergerak akan melambatkan metabolisme. Hal ini mampu mempengaruhi proses pembakaran lemak dan peredaran darah dalam tubuh.

Info baik

Jika anda memutuskan untuk aktif bergerak hari ini juga, kesannya juga akan datang kepada anda dengan pantas. Dengan membiasakan diri berlatih tiga kali seminggu, “mood” dan pola tidur anda akan menjadi lebih baik. Beriadah secara cergas juga mampu memperbaiki emosi diri jika anda sedang tertekan. Tubuh lebih segar dan anda jarang sakit.

Apa yang perlu dibuat

Pada permulaannya, anda pasti cepat penat. Biasakan diri dengan latihan tiga kali seminggu itu dan setiap sesi cukuplah setakat 40 minit. Gabungkan latihan jenis aerobik (misalnya menggunakan “treadmill”, “cross trainer’ atau berbasikal), ketahanan (latihan beban) dan regangan.

Mengenai Penulis:

Kaki Wayang mula terlibat dan serius dalam dunia penulisan kreatif sejak tahun 2006. Beliau juga terlibat dalam penciptaan lagu dan lirik lagu Nasyid dan pernah menjulang nama Politeknik Muadzam Shah apabila menjuarai Pertandingan Lagu-lagu Patriotik di PNM, Kuala Lumpur pada tahun 2007.

Ikuti perkembangan terbaru beliau melalui @ Blog Paling Hangat! | Facebook

Comments
0 Comments

{ 0 Komen Membina!... read them below or add one }

Post a Comment