Betol-betol Hangat! Bila manusia menganggap dirinya sentiasa betul!

Oleh Kaki Wayang on

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgqDXZxiJF4ckFIa8qU4m5ac2UdnCLp5eoqP2msCuUzHmEOwHZyh1BtsbHOXFXHX0rbcA5mp2X3kXqN0E5KEgiNBEVVz8sDcvRdMLF6KajYVpjHpfEV_MRqbB2rN7AVCCXYgzb1t8iAp_c/s1600/35842_295772784952_518064952_952689_8093465_n.jpg

Sebelum kita terus ke agenda utama entri pada kali ni..BBH nak tanya sikit..pernah tak korang ternampak, terjumpa, terlihat mahupun terlibat dengan orang-orang yang menganggap dirinya sentiasa betul dan sentiasa menyalahkan orang lain? Pernah tak hidup dengan mereka-mereka ini? maksud BBH duk sama-sama kat pejabat ataupun kat mana-manalah..dan jawapannya tentu ya..kan?

Bukan tu je..malah ada diantaranya suka sangat memburukkan orang lain..depan kita bukan main..manis mulut bagai madu..belakang kita..mak aihh..macam racun yang bakal membunuh reputasi kita kepada sekalian manusia sekeliling kita..

Kenapa yer manusia ni masih wujud didunia ni? Selagi boleh kutu itulah kejenya..bila kita buat A..dia kata salah..bila kita buat B..dia kata tak betol..bila kita buat C..kondem kemain lagi..dah kondemkan orang tu..ditambahnya kutukan yang sangat tak membina..alih-alih dia jugak yang betol katenyerrr..dah lah ilmu kedekot..tak pernah nak curahkan pada orang lain..orang buat salah (sebenarnya betol) dikatanya salah siap tambahan markah lagi "mengutuk"..ramai lagi yang pandai tapi tak kedekot ilmu dan tak tamak macam orang tu..

Kesimpulannya, ingat yer apa yang ada pada diri kita tu hanya pinjaman sahaja..Allah SWT boleh menarik balik nikmat itu bila-bila masa sahaja..Dia kata nak tarik..memang Dia akan tarik..masa tu barulah terkapai-kapai dan tahu langit tu rendah ke tak..dan, jangan kutuk orang lain yer kengkawan..


Mengenai Penulis:

Kaki Wayang mula terlibat dan serius dalam dunia penulisan kreatif sejak tahun 2006. Beliau juga terlibat dalam penciptaan lagu dan lirik lagu Nasyid dan pernah menjulang nama Politeknik Muadzam Shah apabila menjuarai Pertandingan Lagu-lagu Patriotik di PNM, Kuala Lumpur pada tahun 2007.

Ikuti perkembangan terbaru beliau melalui @ Blog Paling Hangat! | Facebook

Comments
0 Comments

{ 0 Komen Membina!... read them below or add one }

Post a Comment