PMS Automech Racing Team Raih Tempat Ke-5!

Politeknik Muadzam Shah telah berjaya mencatat kedudukan di tempat ke-5 dari 36 jentera yang dipertandingkan merangkumi 24 institusi pendidikan IPTA dan IPTS seluruh Malaysia.

Pelajar Politeknik Muadzam Shah Cipta E-Tajwid Untuk Android!

Boleh dikatakan terdapat pelbagai aplikasi bercorak pembelajaran agama untuk para pengguna Android, dan salah satunya adalah aplikasi E-Tajwid untuk Android.

Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan!

"Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan" berjaya memasuki ruangan Berita Harian pada 22 Mac 2013 yang lalu.

Program Imam Muda Musim 1 Politeknik Muadzam Shah!

Sekalung tahniah kepada penganjur program yang begitu bermanfaat ini.

Malam Sejuta Bintang PMS Berlangsung Meriah!

Malam Sejuta Bintang Berlangsung Meriah

Showing posts with label Kerana wanita. Show all posts
Showing posts with label Kerana wanita. Show all posts

Betol-betol Ngeri! Hentak sampai koma kerana RM20

Oleh Kaki Wayang on

Hanya kerana RM20, seorang warga emas kini kritikal dan tidak sedarkan diri selepas dibelasah dengan kepala hos pam minyak dalam kejadian samun di sebuah stesen minyak di Taman Maluri, Cheras, dekat sini, Ahad lalu.

Dalam kejadian kira-kira jam 5.30 pagi itu, Law Chin Hang, 70, yang berkerja sebagai penjual surat khabar sedang menunggu lori bagi mengambil surat khabar di stesen minyak berkenaan.

Bagaimanapun, selang beberapa minit kemudian sebuah motosikal dinaiki seorang lelaki berusia 30-an muncul dan berpura-pura mahu mengisi minyak sebelum merampas beg pinggang berisi wang tunai RM20 dan telefon bimbit milik mangsa sebelum melarikan diri.

Menurut sumber, bagaimanapun suspek berpatah semula selepas tidak berpuas hati dengan jeritan mangsa meminta pertolongan dan terus membelasah warga emas terbabit.

“Malah, kejadian terbabit berlaku terlalu pantas menyebabkan dua pekerja yang berada di kaunter stesen minyak terbabit tergamam dan cuba membantu.
Sila baca selanjutnyaBetol-betol Ngeri! Hentak sampai koma kerana RM20

Betol-betol LOL! Kerana anak-anak dan isteri, Ayah jadi mangsa...!

Oleh Kaki Wayang on

I I I I 

Rasa-rasanya mesti ada kan keluarga yang serupa dengan gambar sketsa di atas..al-maklumlah sekarang ni..iPhone, iPod dan iPad menjadi kegilaan di segenap pelusuk dunia sampai ada yang sanggu nak menjual organ dalaman hanya kerana nak dapatkan produk dari Apple..akibatnya..Ayah/ Penjaga atau sesiapa jua yang jadi mangsa.. 

Sila baca selanjutnyaBetol-betol LOL! Kerana anak-anak dan isteri, Ayah jadi mangsa...!

Betol-betol Hangat! Ko ni g makan ke masak kat kedai makan?

Oleh Kaki Wayang on


Benda ni sering berlaku dalam situasi bekerja di office..yerlaaa biasanya akan ada satu jadual bekerja kat setiap pejabat..so, kalau yang tak boleh blah dengan bersarapan seawal pukul 8pagi..sudah semestinya orang lain pegi makan dulu..kan?cuma yang menjadi masalahnya..orang tu "punch in" tapi tak terus ke pejabat..tapi melilau ntah ke mana..yang tu tak pe lagi..dah lah tak nampak batang hidung..pukul 9 baru masuk pejabat..yang tu tak pe lagi..kejap lagi dia akan kata..

A: Saya nak pegi makan dulu yer..tak sarapan lagi..
B: (Staff yang baik hati sesangat)..Ok pegilaaaa..

Selang sejam kemudian..batang hidung orang tu tak nampak lagi..masuk kul 11 pagi baru lah nampak batang hidung..dalam hati, "hakaq ko ni g makan ke ko masak kat kedai makan?"..then dia masuk pejabat..ok..xpe..pastu masuk waktu rehat pukul 1ptg..dia akan masuk semula pukul 2.30ptg..dan yang paling menariknya adalah..time amik surat kat pejabat yang sangat "jauh"..amik surat pukul 3ptg..pejabat yang terletak tak sampai 100m dari pejabat "mangsa kejadian" mengambil masa 1 jam untuk amik surat..dah sah dia berborak, jumpe kawan-kawan dan melilau ntah kemana..

Cuba anda kira berapa lama masa yang dia amik untuk tugasan luar yang boleh dianggap bukan tugasan itew? 4 jam je kan?separuh dari 1 hari bekerja digunakannya untuk "tugasan luar" yang sangat menaikkan darah kita..perghhh menyirap siotttt...kalau aku ditempat si "mangsa" kompom aku melenting kat situ..seb baek kengkawan aku sume baik-baik..


Sila baca selanjutnyaBetol-betol Hangat! Ko ni g makan ke masak kat kedai makan?

Betol-betol Hangat! Bila manusia menganggap dirinya sentiasa betul!

Oleh Kaki Wayang on

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgqDXZxiJF4ckFIa8qU4m5ac2UdnCLp5eoqP2msCuUzHmEOwHZyh1BtsbHOXFXHX0rbcA5mp2X3kXqN0E5KEgiNBEVVz8sDcvRdMLF6KajYVpjHpfEV_MRqbB2rN7AVCCXYgzb1t8iAp_c/s1600/35842_295772784952_518064952_952689_8093465_n.jpg

Sebelum kita terus ke agenda utama entri pada kali ni..BBH nak tanya sikit..pernah tak korang ternampak, terjumpa, terlihat mahupun terlibat dengan orang-orang yang menganggap dirinya sentiasa betul dan sentiasa menyalahkan orang lain? Pernah tak hidup dengan mereka-mereka ini? maksud BBH duk sama-sama kat pejabat ataupun kat mana-manalah..dan jawapannya tentu ya..kan?

Bukan tu je..malah ada diantaranya suka sangat memburukkan orang lain..depan kita bukan main..manis mulut bagai madu..belakang kita..mak aihh..macam racun yang bakal membunuh reputasi kita kepada sekalian manusia sekeliling kita..

Kenapa yer manusia ni masih wujud didunia ni? Selagi boleh kutu itulah kejenya..bila kita buat A..dia kata salah..bila kita buat B..dia kata tak betol..bila kita buat C..kondem kemain lagi..dah kondemkan orang tu..ditambahnya kutukan yang sangat tak membina..alih-alih dia jugak yang betol katenyerrr..dah lah ilmu kedekot..tak pernah nak curahkan pada orang lain..orang buat salah (sebenarnya betol) dikatanya salah siap tambahan markah lagi "mengutuk"..ramai lagi yang pandai tapi tak kedekot ilmu dan tak tamak macam orang tu..

Kesimpulannya, ingat yer apa yang ada pada diri kita tu hanya pinjaman sahaja..Allah SWT boleh menarik balik nikmat itu bila-bila masa sahaja..Dia kata nak tarik..memang Dia akan tarik..masa tu barulah terkapai-kapai dan tahu langit tu rendah ke tak..dan, jangan kutuk orang lain yer kengkawan..


Sila baca selanjutnyaBetol-betol Hangat! Bila manusia menganggap dirinya sentiasa betul!

Betol-betol Sengal! Kerana Wanita!

Oleh Kaki Wayang on


Gara-gara dendam dan berebutkan seorang wanita, seorang lelaki berusia 27 tahun terkorban akibat ditikam dengan pisau oleh seorang lelaki di dalam sebuah bengkel membaiki kenderaan, di Jalan Meru, di sini, semalam. Mangsa yang ketika itu sedang berjalan seorang diri dikejutkan dengan kehadiran dua suspek. Dia segera berlari menyelamatkan diri sebaik menyedari kelibat suspek utama yang memegang pisau dengan masuk ke sebuah bengkel baiki kereta.

Bagaimanapun tindakan itu gagal apabila mangsa dikejar sebelum ditikam suspek. Namun, mangsa tidak berputus asa sebelum bangun dan berlari sambil memegang bahagian yang ditikam dan keluar dari bengkel tersebut. Namun sudah ajal mangsa apabila hanya 50 meter berlari dari lokasi terjatuh, dia kemudiannya rebah dan meninggal dunia di hadapan sebuah premis dalam keadaan berlumuran darah.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Superintenden Mohamad Shukor Sulong berkata, kejadian dipercayai berlaku sekitar jam 1.30 tengah hari yang mana mangsa sedang berjalan di lorong belakang premis dua tingkat itu sebelum didatangi dua lelaki bermotosikal dipercayai warga Indonesia.

“Berdasarkan penelitian pada kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasang di belakang premis itu, salah seorang suspek menunggu di motosikal manakala suspek utama mengejar mangsa. “Menyedari dikejar suspek, mangsa segera berlari ke dalam sebuah bengkel sebelum dia terjatuh dan ditikam.

“Berikutan itu, mangsa cedera parah. Dia kemudiannya meninggal dunia sebaik rebah di hadapan sebuah premis,” katanya. Akibat kejadian, menurutnya, polis sedang menjejaki suspek dikenali Andriyanto, 21, yang mana pada masa kejadian dia memakai t-shirt putih dan berseluar jeans bagi membantu siasatan.

“Sesiapa yang menyaksikan kejadian diminta tampil ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Utara bagi melengkapkan siasatan,” katanya kepada pemberita di lokasi kejadian petang semalam.

P/s: Macam-macam dunia sekarang..punya banyak pompuan kat dunia ni..nak berebut jugak..


Sila baca selanjutnyaBetol-betol Sengal! Kerana Wanita!