Edisi Khas Agama! Zikir menurut Islam!

Oleh Kaki Wayang on

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEilcPmXXUiY23fDdbJ5-H2yXcQSRZkGDeLVe3JmYGsOj1_WP6ANw7ZJzFo5UIrG89MXZHt1mvU21BJ51GZWSzfv3IFSwiCOwdmfmON3DNfB0PyqarDh8nTltJAv8rIXq487xKe_or3qKTE/s1600/zikir.jpg 

 
Pengertian ZIKIR

Pengertian  zikir ialah mengingati ALLAH. Zikir adalah sebahagian daripada rangkaian  iman yang diperintahkan agar kita melakukannya setiap saat. Mengingati ALLAH mendorongkan seseorang melakukan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya.Mengingati ALLAH adalah usaha yang berkesan untuk mempertingkatkan keimanan dan ketakwaan kepada ALLAH. Mengingati ALLAH setiap masa juga merupakan usaha untuk memperolehi keampunan dan keredhaan ALLAH S.W.T

Zikir adalah pembersih hati yang kotor Firman ALLAH :
Dan janganlah engkau turut orang yang kami lalaikan hatinya dari mengingati kami dan ia memperturutkan hawa nafsunya kerana itu adalah pekerjaan melewati batas
(surah al-Kahfi:28)

Bahagian ZIKIR

Zikir terbahagi kepada 2: 

1. Zikir Qalbi iaitu zikir yang dilakukan untuk  mengingati ALLAH  dengan hati.
2. Zikir Lisani iaitu zikir yang dilakukan untuk mengingati ALLAH dengan lidah.

Adab ZIKIR

1. Perlahankan suara sekadar boleh didengar oleh diri sendiri sambil merendah diri.
2. Berperasaan takut kepada kemurkaan ALLAH.
3. Yakin serta mengharapkan pertolongan ALLAH.
4. Menumpukan ingatan kepada ALLAH serta menjiwai apa yang dibaca.
5. Berzikir hendaklah dilakukan dengan adab dan cara yang baik,diucapkan dengan kalimah yang   betul sesuai dengan waktu dan tempat berdasarkan prinsip-prinsip yang telah diterangkan ALLAH di dalam Al-Quran.

Mengenai Penulis:

Kaki Wayang mula terlibat dan serius dalam dunia penulisan kreatif sejak tahun 2006. Beliau juga terlibat dalam penciptaan lagu dan lirik lagu Nasyid dan pernah menjulang nama Politeknik Muadzam Shah apabila menjuarai Pertandingan Lagu-lagu Patriotik di PNM, Kuala Lumpur pada tahun 2007.

Ikuti perkembangan terbaru beliau melalui @ Blog Paling Hangat! | Facebook

Comments
0 Comments

{ 0 Komen Membina!... read them below or add one }

Post a Comment