PMS Automech Racing Team Raih Tempat Ke-5!

Politeknik Muadzam Shah telah berjaya mencatat kedudukan di tempat ke-5 dari 36 jentera yang dipertandingkan merangkumi 24 institusi pendidikan IPTA dan IPTS seluruh Malaysia.

Pelajar Politeknik Muadzam Shah Cipta E-Tajwid Untuk Android!

Boleh dikatakan terdapat pelbagai aplikasi bercorak pembelajaran agama untuk para pengguna Android, dan salah satunya adalah aplikasi E-Tajwid untuk Android.

Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan!

"Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan" berjaya memasuki ruangan Berita Harian pada 22 Mac 2013 yang lalu.

Program Imam Muda Musim 1 Politeknik Muadzam Shah!

Sekalung tahniah kepada penganjur program yang begitu bermanfaat ini.

Malam Sejuta Bintang PMS Berlangsung Meriah!

Malam Sejuta Bintang Berlangsung Meriah

Showing posts with label koleksi zikir. Show all posts
Showing posts with label koleksi zikir. Show all posts

Edisi Sentap! Korang Perasan tak ni....?

Oleh Kaki Wayang on

PERASAN X?... duit RM50 kelihatan begitu besar bila dibawa ke kotak derma masjid, tapi begitu kecil bila dibawa ke StarHill, MegaMall dan seangkatan dengannya...

PERASAN X?.. 30 minit terasa begitu lama untuk berzikir, tetapi begitu pendek untuk menonton drama2 di televisyen...

PERASAN X?... betapa lamanya 2 jam berada di masjid, tetapi betapa cepatnya 2 jam ketika menonton wayang di panggung.

PERASAN X?...susah sunggu merangkai kata untuk dipanjatkan doa ketika solat, tapi betapa mudahnya cari bahan bersembang bila bertemu kawan-kawan.

PERASAN X?... betapa seruan dan teriakan yang berpanjangan waktu perlawanan bola sepak, tapi betapa bosannya bila imam solat terawikh bulan Ramadhan lama dan panjang.

PERASAN X?...susah sangat baca al-Quran 1 juzuk saja, tapi majalah hiburan dan novel best seller 100 halaman pun habis ditelaah.

PERASAN X?...orang berebut depan untuk menonton bola dan konsert, tapi berebut saf paling belakang bila solat Jumaat supaya boleh cepat keluar.
Sila baca selanjutnyaEdisi Sentap! Korang Perasan tak ni....?

Edisi Khas Agama! Zikir menurut Islam!

Oleh Kaki Wayang on

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEilcPmXXUiY23fDdbJ5-H2yXcQSRZkGDeLVe3JmYGsOj1_WP6ANw7ZJzFo5UIrG89MXZHt1mvU21BJ51GZWSzfv3IFSwiCOwdmfmON3DNfB0PyqarDh8nTltJAv8rIXq487xKe_or3qKTE/s1600/zikir.jpg 

 
Pengertian ZIKIR

Pengertian  zikir ialah mengingati ALLAH. Zikir adalah sebahagian daripada rangkaian  iman yang diperintahkan agar kita melakukannya setiap saat. Mengingati ALLAH mendorongkan seseorang melakukan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya.Mengingati ALLAH adalah usaha yang berkesan untuk mempertingkatkan keimanan dan ketakwaan kepada ALLAH. Mengingati ALLAH setiap masa juga merupakan usaha untuk memperolehi keampunan dan keredhaan ALLAH S.W.T

Zikir adalah pembersih hati yang kotor Firman ALLAH :
Dan janganlah engkau turut orang yang kami lalaikan hatinya dari mengingati kami dan ia memperturutkan hawa nafsunya kerana itu adalah pekerjaan melewati batas
(surah al-Kahfi:28)

Bahagian ZIKIR

Zikir terbahagi kepada 2: 

1. Zikir Qalbi iaitu zikir yang dilakukan untuk  mengingati ALLAH  dengan hati.
2. Zikir Lisani iaitu zikir yang dilakukan untuk mengingati ALLAH dengan lidah.

Adab ZIKIR

1. Perlahankan suara sekadar boleh didengar oleh diri sendiri sambil merendah diri.
2. Berperasaan takut kepada kemurkaan ALLAH.
3. Yakin serta mengharapkan pertolongan ALLAH.
4. Menumpukan ingatan kepada ALLAH serta menjiwai apa yang dibaca.
5. Berzikir hendaklah dilakukan dengan adab dan cara yang baik,diucapkan dengan kalimah yang   betul sesuai dengan waktu dan tempat berdasarkan prinsip-prinsip yang telah diterangkan ALLAH di dalam Al-Quran.
Sila baca selanjutnyaEdisi Khas Agama! Zikir menurut Islam!