Edisi Khas Rara Zikry! Fenomena Arwah Rara Zikry!

Oleh Kaki Wayang on

Assalammualaikum semua..Pertamanya..Al-Fatihah kepada arwah Rara Zikry yang rasanya dah masuk hari kelima hari ini pemergiannya menemui Allah SWT..rasanya begitu cepat masa berlalu, kini sudah hampir seminggu arwah meninggalkan kita semua..walaupun tidak mengenali arwah dengan lebih dekat apatah lagi tidak mempunyai sedikit pertalian darah ataupun "bau-bau bacang" dengan keluarga arwah..aku merasakan yang aku begitu mengenalinya dalam situasi ketika ini..fenomena yang ditinggalkan arwah dari dulu sampailah sekarang masih lagi terasa kesannya sehingga kini..

Fenomena

Fenomena arwah Rara Zikry? Ya memang betul..ianya begitu menarik perhatian masyarakat seluruh Malaysia..dan pemergiannya menyebabkan semua orang tertanya-tanya siapakah arwah yang sebenar..kenapa namanya begitu lembut dibibir masyarakat pada ketika ini..dan aku juga masih tertanya-tanya apakah aku mengenali arwah?..apakah yang menyebabkan aku begitu tertarik untuk membuat artikel mengenainya? semuanya itu begitu singkat, complicated untuk merungkaikan segalanya..

Blog

Pada kali pertama aku menulis artikel mengenainya iaitu pada hari Khamis, 18 Ogos 2011..aku merasakan aku perlu untuk membantu arwah bagi mendapatkan sumbangan ataupun derma bagi membantu arwah untuk membayar kos perubatan yang ditanggungnya..SILA LIHAT DAN BACA ARTIKEL ITU DI SINI!!..dan SUMBANGAN UNTUK ARWAH..dan aku rasa ramai blogger yang membuat satu entri mengenainya bagi meraih sokongan dan simpati serta derma ikhlas masyarakat Malaysia..Alhamdulillah usaha yang dilaksanakan itu begitu mendapat sokongan semua..pelbagai bantuan dari segi wang ringgit dan doa diberikan dan disampaikan kepada arwah bagi membantunya..

Selain itu, kisahnya begitu mendapat perhatian sehinggakan ianya disiarkan dalam TV3 dan NTV7..penceritaan mengenainya melalui media massa begitu mendapat perhatian..

Pemergian Permata Keluarga

Dipendekkan cerita, aku sama sekali tidak tahu dan tidak sangka akan pemergian arwah pada ketika aku mengetahui akan berita yang menimpa dirinya..seorang rakan blogger dan rakan facebook bertanyakan kepada aku.."kenapa ******g.com tak boleh masuk?" aku pelik sedangkan blog itu bukan milik aku..dan kemudiannya dia bertanyakan siapa arwah Rara Zikry? Aku hanya menjawab..aku tidaklah begitu mengenali beliau, namun aku ada membuat beberapa artikel mengenai arwah..kenapa? aku meneruskan pertanyaanku kepadanya (rakan Blogger)..dia cakap.."ramai orang tengah online kat blog ko"..aku keliru..kenapa pula tetiba ramai yang nak baca pasal arwah?..aku semakin keliru dengan pernyataan itu..akhirnya pada suatu ketika aku mendapat tahu yang arwah telah meninggal dunia..

Ya Allah..aku terkedu akan berita itu..lebih dari 100 kali aku search kat google untuk mencari maklumat sahih berkenaan berita yang begitu mengejutkan itu..dan keputusannya..ya memang benar..pemergian permata keluarga yang begitu disayang keluarga arwah..setiap kalai aku melihat dan membaca maklumat yang disampaikan di Facebooknya sangat meruntun hatiku..kata-kata dari Mak/ Ibu arwah begitu terkesan dihati..aku tahu Ibunya begitu sayangkan arwah..namun Allah SWT lebih menyayangi arwah..Al-Fatihah..dan artikel mengenainya tercipta di sini..PEMERGIAN PERMATA KELUARGA!!! dan EDISI KHAS! TAKZIAH DAN AL-FATIHAH UNTUK ARWAH

Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman..Amin..
Al-Fatihah!!!
 

Mengenai Penulis:

Kaki Wayang mula terlibat dan serius dalam dunia penulisan kreatif sejak tahun 2006. Beliau juga terlibat dalam penciptaan lagu dan lirik lagu Nasyid dan pernah menjulang nama Politeknik Muadzam Shah apabila menjuarai Pertandingan Lagu-lagu Patriotik di PNM, Kuala Lumpur pada tahun 2007.

Ikuti perkembangan terbaru beliau melalui @ Blog Paling Hangat! | Facebook

Comments
0 Comments

{ 0 Komen Membina!... read them below or add one }

Post a Comment