Edisi Hangat! Dendam United berbalas singkirkan City!

Oleh Kaki Wayang on


Manchester United menyingkir juara bertahan, Manchester City daripada saingan Piala FA pada pusingan ketiga semalam dengan kemenangan 3-2 dalam perlawanan yang penuh insiden di Eastlands. Kemenangan itu sekali gus membolehkan United melunaskan dendam akibat dimalukan 1-6 oleh City dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris.
Wayne Rooney menjaringkan dua gol, manakala pemain pertahanan City, Vincent Kompany pula diperintah keluar padang selepas menerima kad merah pada minit ke-15. Paul Scholes melakukan kejutan keluar dari persaraan untuk membantu United pada aksi semalam.

United tidak menunggu lama untuk mendahului City apabila Rooney mencatat nama sebagai penjaring pada minit ke-10 menerusi tandukan yang tepat ke penjuru gawang hasil hantaran lintang Antonio Valencia. City tersentak lagi dua minit kemudian, kali ini bukan tambahan gol daripada United tetapi pertahanan mereka, Kompany diperintah keluar padang kerana melakukan terjahan kasar ke atas Nani.

Selepas setengah jam, United berjaya menambah gol kedua, kali ini menerusi Danny Welbeck yang menyudahkan hantaran pemain pertahanan kiri Patrice Evra melalui rembatan dari dalam kawasan penalti. Pasukan bimbingan Alex Ferguson menambah gol ketiga pada minit ke-39 selepas Alesandar Kolorov menjatuhkan Welbeck di dalam petak penalti. Sepakan Rooney berjaya diselamatkan Costel Pantilimon namun Rooney pantas menanduk masuk bola yang ditampan penjaga gol City.

Kolorov berjaya menebus kesilapannya selepas tiga minit babak kedua apabila menjaringkan gol menerusi sepakan bebas yang menewaskan penjaga gol United, Anders Lindegaard. City meraih jaringan kedua pada minit ke-64 apabila Scholes membuat kesilapan, membolehkan James Milner melakukan hantaran lintang sebelum disudahkan Sergio Aguero.

Mengenai Penulis:

Kaki Wayang mula terlibat dan serius dalam dunia penulisan kreatif sejak tahun 2006. Beliau juga terlibat dalam penciptaan lagu dan lirik lagu Nasyid dan pernah menjulang nama Politeknik Muadzam Shah apabila menjuarai Pertandingan Lagu-lagu Patriotik di PNM, Kuala Lumpur pada tahun 2007.

Ikuti perkembangan terbaru beliau melalui @ Blog Paling Hangat! | Facebook

Comments
0 Comments

{ 0 Komen Membina!... read them below or add one }

Post a Comment