Anwar menghadapi pertuduhan meliwat
Saiful Bukhari Azlan,beberapa tahun lepas. Setelah kedua2, baik pihak pembelaan
dan pendakwaan telah melakukan hujah penggulungan, kini yang tinggal adalah
Hujah Keputusan kes liwat Anwar Ibrahim dari Hakim Mahkamah tinggi
Dato Zainal Abidin Md Diah.
Menurut sumber Berita harian, penyokong-penyokong
Dato seri Anwar Ibrahim sudah mula berkumpul seawal 6 pagi tadi setelah
selesai menunaikan solat subuh di Masjid Wilayah.Walaupun Hujan lebat turun..penyokong2
Dato seri Anwar Ibrahim tidak berganjak dan terus menanti di
perkarangan letak kereta Mahkamah.
Penyokong-penyokong tidak dibenarkan memasuki
perkarangan mahkamah jalan Duta, dan hampir 500 anggota polis mengawal situasi
disana.Menurut Berita Harian..keadaan terkawal dan masih aman. Pihak polis
telah mengawal persimpangan masuk ke perkarangan Mahkamah sejak jam 5 pagi.
Namun kebanyakan penyokong2 DSAI telah berkumpul di Masjid Wilayah dari malam
semalam.
Dikatakan masih ramai yang sedang berarak untuk
memasuki perkarangan letak kereta dengan berjalan kaki disepanjang jalan.
LAGI GAMBAR SUASANA PERHIMPUNAN BERKENAAN!!!