Edisi Sengal! Ayah SAKSI Anak Perempuannya Dirogol, Bagaimana Kejadian Itu Berlaku?

Oleh Kaki Wayang on


Seorang ayah bersama dua anaknya lelakinya melalui pe­ngalaman sedih apabila menyaksikan anak perempuannya dirogol di sebuah rumah kosong di taman perumahan di sini, dalam satu kejadian kira-kira jam 10 malam, Selasa lalu.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Baljeet Singh berkata,
kejadian itu bermula apabila mangsa yang berumur 21 tahun bersama sepupu perempuannya berusia 18 tahun dipelawa dua lelaki untuk minum bersama sekitar jam 8.30 malam.

Menurutnya, mangsa bersama sepupunya bersetuju dan lelaki terbabit yang dipercayai kenalan mangsa membawa mereka berdua ke sebuah rumah kosong di sebuah taman perumahan.


“Mangsa dipercayai diberikan sejenis minuman memabukkan sehingga mengakibatkan mangsa tidak sedarkan diri,” katanya kepada pemberita di pejabatnya, semalam.


Baljeet berkata, walau bagaimanapun, sepupu mangsa berjaya melarikan diri dan meminta bantuan dengan pergi ke rumah mangsa.


“Ayah, abang dan adik mangsa tiba di lokasi kejadian ketika jenayah (rogol) tersebut berlaku.


“Suspek berjaya ditahan sementara seorang lagi melarikan diri. Suspek direman sehingga Selasa depan untuk siasatan lanjut dan polis masih memburu seorang lagi suspek yang masih bebas. Kes di siasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana kesalahan merogol,” katanya.


Dalam pada itu, Baljeet turut menegaskan orang ramai terutamanya perempuan untuk tidak sewenang-wenangnya terpengaruh dengan ajakan lelaki sama ada kenalan atau tidak lebih-lebih lagi apabila diajak ke kawasan terpencil.

Mengenai Penulis:

Kaki Wayang mula terlibat dan serius dalam dunia penulisan kreatif sejak tahun 2006. Beliau juga terlibat dalam penciptaan lagu dan lirik lagu Nasyid dan pernah menjulang nama Politeknik Muadzam Shah apabila menjuarai Pertandingan Lagu-lagu Patriotik di PNM, Kuala Lumpur pada tahun 2007.

Ikuti perkembangan terbaru beliau melalui @ Blog Paling Hangat! | Facebook

Comments
0 Comments

{ 0 Komen Membina!... read them below or add one }

Post a Comment