Seorang bekas pegawai pendakwa mencium 
kaki anak tirinya  selepas Mahkamah Sesyen di sini, semalam menjatuhkan 
hukuman penjara 15  tahun berikutan mengaku salah merogol kanak-kanak 
berusia 11 tahun itu  di rumahnya di Seksyen 17, di sini. 
Tertuduh berusia 59 tahun itu 
berbuat demikian bagi memohon maaf  terhadap mangsa yang dirogolnya 
sejak berusia enam tahun.      Sambil  menangis teresak-esak di atas 
lantai, lelaki itu melahirkan perasaan  kesal terhadap perbuatannya 
sambil disaksikan isterinya yang juga ibu  mangsa.
Berdasarkan fakta kes, hubungan terlarang itu pernah disaksikan isterinya, tetapi tidak diendahkan.
Bagaimanapun, ‘drama’ tidak 
berakhir di situ apabila ibu mangsa  memeluk erat anaknya tidak rela 
berpisah dengan mangsa yang diletakkan  di bawah perlindungan Jabatan 
Kebajikan Masyarakat.
Lelaki itu yang pernah berkhidmat dengan agensi kerajaan didakwa merogol mangsa di sebuah rumah di Seksyen 17, di sini, pada waktu pagi, antara 2005 dan 30 April tahun lalu.
Dia didakwa mengikut Seksyen 376(3) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 30 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan. Hakim Mohammed Mokhzani Mokhtar memerintahkan hukuman bermula dari tarikh tangkapan tertuduh pada 8 Mei tahun lalu. Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Salwa Asmary Abdul Rahim memohon hukuman berat kerana tertuduh sepatutnya melindungi anak tirinya sebaliknya merogol mangsa. Malah, mangsa pernah mengadu kepada ibunya, tetapi dimarahi.
Katanya, kejadian menyebabkan mangsa trauma dan memberi tanggapan negatif terhadap anaknya.
Bagaimanapun, peguam bela, Mohd Hidir memohon hukuman ringan atas alasan anak guamnya tua dan menghidap penyakit jantung, kencing manis serta buah pinggang.
Katanya, pengakuan salah lelaki itu juga sudah menjimatkan masa dan kos mahkamah. “Tiada alasan atas apa yang berlaku, cuma tertuduh amat kesal. Dia bertanggungjawab (atas kesalahan itu),” katanya.
Berdasarkan fakta kes, 
tembelang tertuduh pecah apabila mangsa  menceritakan kepada ustazahnya 
bahawa dia ‘berzina’ dengan bapanya  selepas mempelajari perkara yang 
membatalkan puasa ketika pendidikan  agama.
Ustazah itu merujuk kepada guru kelas sebelum membuat laporan polis.
Siasatan mendapati, kejadian berlaku ketika ibu mangsa tiada di rumah. Malah, ibu mangsa mengetahui kejadian itu tetapi mendiamkan diri dan berpura-pura ia tidak berlaku, malah memarahi anaknya.
Mangsa menyatakan tertuduh mengugut menghentak kepalanya ke dinding jika tidak memenuhi permintaan mengadakan hubungan seks, selain mengemukakan kondom diberikan tertuduh kepadanya.
 

 

 0 Comments
0 Comments