Edisi Hangat! Amukan Liverpool dorong Suarez minta maaf

Oleh Kaki Wayang on

Luis Suarez memohon maaf kepada Patrice Evra kerana keengganan berjabat tangan dengan pertahanan Manchester United itu dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris, Sabtu lalu, malah dia turut ditegur oleh kelabnya yang berusaha untuk menjernihkan kekeruhan. 

Pengurus United, Alex Ferguson sebelum ini menyifatkan tindakan Suarez sebagai sesuatu yang mengaibkan, sementara Ketua Persatuan Bola Sepak Profesional, Gordon Taylor menegur tingkah laku bintang Liverpool itu sebagai tidak menghormati dan memalukan.

Suarez akhirnya melahirkan rasa kesal terhadap tingkah lakunya sendiri dalam satu kenyataan yang dikeluarkan.

"Saya ada bercakap dengan pengurus (Kenny Dalglish) sejak perlawanan di Old Trafford dan saya sedar yang saya telah melakukan kesilapan.

"Saya tidak sewajar membuatnya kecewa, begitu juga dengan kelab. Saya mohon maaf. Saya melakukan kesilapan dan saya menyesal dengan apa yang berlaku.

"Saya sepatutnya menyambut salam Patrice Evra sebelum perlawanan bermula dan saya mahu meminta maaf di atas tindakan saya itu.

"Saya juga mahu melupakan isu ini dan memberi tumpuan kepada bola sepak," kata Suarez menerusi laman web rasmi Liverpool.

Tindakan Suarez terhadap Evra dan keengganan pengurus Reds, Dalglish mengulas tingkah laku pemainnya itu sebaik tamat perlawanan mendorong pemilik kelab, John Henry memohon maaf kepada semua pihak.

Mengenai Penulis:

Kaki Wayang mula terlibat dan serius dalam dunia penulisan kreatif sejak tahun 2006. Beliau juga terlibat dalam penciptaan lagu dan lirik lagu Nasyid dan pernah menjulang nama Politeknik Muadzam Shah apabila menjuarai Pertandingan Lagu-lagu Patriotik di PNM, Kuala Lumpur pada tahun 2007.

Ikuti perkembangan terbaru beliau melalui @ Blog Paling Hangat! | Facebook

Comments
0 Comments

{ 0 Komen Membina!... read them below or add one }

Post a Comment