Edisi Hangat! Surat Dr. Mahathir kepada Ehud Barak akan didedah!

Oleh Kaki Wayang on

Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan akan menyiarkan surat Tun Dr. Mahathir Mohamad kepada bekas Perdana Menteri Israel, Ehud Barak pada minggu depan. Perdana Menteri berkata, langkah tersebut adalah bagi membolehkan seluruh rakyat memahami tujuan sebenar Dr. Mahathir menghantar surat berkenaan.

"Saya telah meminta supaya surat yang diutuskan oleh Dr. Mahathir itu disemak dan diberikan ulasan oleh Wisma Putra. "Saya telah semak surat itu dan mendapati ia boleh didedahkan kepada pengetahuan umum... hari ini Ahad, esok atau lusa kita boleh menyiarkannya kepada umum," katanya.

Dr. Mahathir baru-baru ini mengakui pernah menulis surat kepada dua Perdana Menteri Israel iaitu Benjamin Netanyahu dan Ehud Barak ketika beliau menjadi Perdana Menteri.

Namun, menurut Dr. Mahathir, surat tersebut adalah sebagai jawapan balas kepada surat yang diutus oleh dua pemimpin Yahudi itu yang meminta Malaysia mengubah pendirian dengan menjalin hubungan diplomatik dengan negara tersebut.

Jelasnya, dalam surat itu, beliau mengatakan Malaysia tidak akan ada apa-apa hubungan dengan mereka selagi mereka tidak mengiktiraf kedudukan orang-orang Palestin.

Mengulas lanjut, menurut Najib, beliau mendapati Dr. Mahathir menulis surat tersebut adalah untuk memperjuangkan untung nasib rakyat Palestin yang menuntut sebuah negara berdaulat.

"Surat itu adalah menunjukkan keprihatinan Dr. Mahathir dalam proses kedamaian Asia Barat yang ketika itu sedang giat diusahakan dan isi kandungan surat itu menepati dasar kerajaan Malaysia, dulu dan pendirian kita hari ini.

"Dengan surat itu disiarkan secara terbuka, saya harap (menghentikan) segala pertikaian dan polemik yang dibangkitkan oleh parti pembangkang kerana mereka khuatir kemarahan rakyat terhadap kenyataan Ketua Pembangkang menyokong segala usaha mempertahankan keselamatan negara Israel," katanya. 

Beliau berkata, tindakan parti pembangkang itu hanya untuk mengalihkan pandangan rakyat supaya berasa sangsi terhadap pendirian sebenar kerajaan berhubung kedudukan Israel.

Mengenai Penulis:

Kaki Wayang mula terlibat dan serius dalam dunia penulisan kreatif sejak tahun 2006. Beliau juga terlibat dalam penciptaan lagu dan lirik lagu Nasyid dan pernah menjulang nama Politeknik Muadzam Shah apabila menjuarai Pertandingan Lagu-lagu Patriotik di PNM, Kuala Lumpur pada tahun 2007.

Ikuti perkembangan terbaru beliau melalui @ Blog Paling Hangat! | Facebook

Comments
0 Comments

{ 0 Komen Membina!... read them below or add one }

Post a Comment