Edisi Sentap! Sumbat lembu dalam kereta!

Oleh Kaki Wayang on


Empat lelaki berusia 20 hingga 30-an melarikan diri apabila kereta jenis Proton Wira Aeroback yang dinaiki mereka terbabas sebelum terhumban ke dalam parit di kawasan Perindustrian Waja Lama, ketika cuba melarikan dua lembu kira-kira jam 3.30 pagi, semalam.


Suspek dilaporkan memandu kereta dalam keadaan laju. Apabila tiba di kawasan Taman Perindustrian Waja, suspek terkejut dengan kehadiran polis dari Unit MPV yang membuat rondaan pencegahan jenayah. 

Takut dicekup, suspek memecut kenderaan. Apabila tiba di Jalan Perindustrian Waja Lama, kereta dinaiki empat suspek terbabas dan merempuh tiang sebelum terhumban ke parit sedalam dua meter.

Saksi kejadian berkata, mereka nampak empat suspek merangkak keluar dari kereta dalam keadaan cedera dan kemudiannya melarikan diri ke arah kawasan kilang. Ketika pemeriksaan dijalankan, polis menemui sumpit dan jarum dipercayai untuk menyumpit ubat pelali. 

Polis turut meminta bantuan orang ramai yang berada di tempat kejadian untuk mengeluarkan dua lembu yang berada dalam kereta suspek. Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Ghuzlan Saleh berkata, suspek kemungkinan mencuri lembu yang berkeliaran di sekitar kawasan Kulim dan Lunas. 

Beliau menasihatkan penternak lembu supaya menyediakan kandang khusus untuk memastikan binatang ternakan mereka tidak dicuri.

Mengenai Penulis:

Kaki Wayang mula terlibat dan serius dalam dunia penulisan kreatif sejak tahun 2006. Beliau juga terlibat dalam penciptaan lagu dan lirik lagu Nasyid dan pernah menjulang nama Politeknik Muadzam Shah apabila menjuarai Pertandingan Lagu-lagu Patriotik di PNM, Kuala Lumpur pada tahun 2007.

Ikuti perkembangan terbaru beliau melalui @ Blog Paling Hangat! | Facebook

Comments
0 Comments

{ 0 Komen Membina!... read them below or add one }

Post a Comment