Edisi Hangat! Tiz nafi putus cinta dengan Remy!

Oleh Kaki Wayang on


UMUM mengetahui hubungan cinta yang terjalin antara pelakon utama drama rantaian Nur Kasih, Tiz Zaqyah dan Remy Ishak makin mekar berkembang. Namun, sekitar dua minggu lalu timbul gosip mengatakan hubungan pasangan kekasih itu berantakan dan mereka kini sudah tidak lagi bersama.

Malah, jika diperhatikan laman sosial Twitter dan Facebook kedua-dua selebriti itu ibarat masing-masing tengah memendam rasa dan seolah-olah sedang berperang. Menerusi laman sosial milik Tiz juga baru-baru ini ada mengeluarkan beberapa kenyataan yang barangkali mempunyai makna tersirat.

Lebih memanaskan gosip tersebut, ada sumber yang memberitahu bahawa hubungan cinta mereka diputuskan oleh Remy sendiri kerana tidak tahan dengan sikap Tiz yang kuat cemburu serta beberapa faktor lain.

Kesempatan bersua dengan pelakon Tiz Zaqyah atau nama sebenarnya Siti Zaqyah Abdul Razak, 23, ketika malam gala filem Cinta Kura-Kura di Cathay e@Curve, Mutiara Damansara, baru-baru ini, hal putus cinta tersebut membuat dia diserbu wartawan hiburan yang hadir.

Kosmo!: Sejak kebelakangan ini, laman sosial milik Tiz dan Remy seolah-olah memberi petunjuk bahawa anda berdua kini sedang berperang. Apa komen Tiz?

Tiz: Saya sudah agak perkara ini pasti akan diajukan. Tapi sebenarnya ini semua mengarut! Semuanya adalah gosip semata-mata. Apa yang terpampang di laman sosial tiada kena mengena dalam hubungan kami.
Jadi benarlah bahawa cerita itu sekadar khabar angin?

Dakwaan itu tidak berasas. Inilah cabaran yang perlu kami lalui apabila sudah mendedahkan hubungan kami kepada khalayak. Orang sekeliling akan ternanti-nantikan perkembangan seterusnya.

Jadi, bagaimana Tiz sifatkan hubungan antara anda dan Remy?

Kami masih macam biasa, kalau masing-masing ada kelapangan waktu kami akan berjumpa.

Bagaimana Tiz melihat spekulasi yang melanda hubungan kalian?

Pernah dulu pun timbul juga gosip bahawa hubungan antara saya dan Remy putus. Ini bukan kali pertama. Saya pun sebenarnya sudah lali dengan cerita-cerita sebegini. Saya anggap gosip seperti ini tidak pernah wujud!

Selain gosip keretakan hubungan cinta Tiz dan Remy, baru-baru ini juga Tiz ada mengeluarkan satu kenyataan di laman sosial Facebook bahawa anda sedang dating dengan lipas. Siapa 'lipas' yang Tiz maksudkan?

Saya tak maksudkan sesiapa, rumah saya memang banyak lipas. Kalau tak percaya boleh tanya mak saya. Saya tak tujukan kepada sesiapa pun apatah lagi untuk menegur sesiapa.

Masih mengenai kisah Tiz dan Facebook, sewaktu penyanyi diva pop, Whitney Houston dikhabarkan meninggal dunia, Tiz juga ada mengeluarkan satu kenyataan berkaitan artis di Malaysia dan Hollywood. Apa maksudnya?

Mengenai kenyataan itu, saya juga tidak maksudkan sesiapa. Itu pendapat peribadi saya. Kalau artis di Hollywood pun tak boleh mengawal tekanan apatah lagi artis di Malaysia ini. Itu saja.

Tiz lebih banyak tampil di layar kaca berbanding layar perak. Ada projek terbaharu Tiz yang mungkin boleh dikongsikan bersama?

Untuk filem buat masa sekarang belum lagi. Insya-Allah, saya bakal tampil menerusi filem Cinta Kura-Kura pada awal bulan Mac dan sedang dalam proses perbincangan untuk drama terbaharu tidak lama lagi.

Boleh Tiz ulas pengalaman berlakon dalam filem komedi romantik, Cinta Kura-Kura, bersama pelakon baharu, Aeril Zafril?

Saya memegang watak Nani seorang gadis berusia 21 tahun yang mempunyai haiwan peliharaan seekor kura-kura bernama Nico. Dalam diam-diam saya jatuh cinta dengan jiran bernama Adam (lakonan Aeril Zafril). Ini pengalaman pertama saya membawakan watak yang perlu berimaginasi dalam filem. Bagi saya yang selalu diberikan tanggungjawab membawakan watak berat, filem ini tidaklah terlalu senang dan tidak juga terlalu susah.

Mengenai Penulis:

Kaki Wayang mula terlibat dan serius dalam dunia penulisan kreatif sejak tahun 2006. Beliau juga terlibat dalam penciptaan lagu dan lirik lagu Nasyid dan pernah menjulang nama Politeknik Muadzam Shah apabila menjuarai Pertandingan Lagu-lagu Patriotik di PNM, Kuala Lumpur pada tahun 2007.

Ikuti perkembangan terbaru beliau melalui @ Blog Paling Hangat! | Facebook

Comments
0 Comments

{ 0 Komen Membina!... read them below or add one }

Post a Comment