Edisi Sentap! Janda jual air liur kebas RM5,000 tipu warga emas!

Oleh Kaki Wayang on

KESAL...mangsa menunjukkan pengeluaran RM5,000 dari akaun Tabung Haji untuk dipinjamkan kepada wanita terbabit. 

Tangisan simpati dan pujuk rayu seorang janda mencairkan hati seorang peneroka warga emas bergelar datuk yang mengeluarkan wang simpanannya dalam Tabung Haji sebanyak RM5,000 untuk dipinjamkan kepada wanita itu sebelum menyedari dia ditipu.

Mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Haron, 70, berkata dia kecewa kerana kelicikan janda beranak satu itu menyebabkan perancangannya untuk menunaikan haji tahun depan musnah. Haron yang berasal dari Felda Bukit Sagu, di sini, berkata dia berkenalan dengan ibu tunggal berusia 30 tahun itu di sebuah perhentian bas di Jalan Bukit Ubi, di sini, seminggu lalu.

“Bertitik tolak daripada pertemuan itu, saya menjalinkan hubungan dengannya, malah dia menawarkan diri untuk menjadi isteri saya.

“Bagaimanapun, saya menolak dengan cara baik kerana saya sudah berumah tangga dan mempunyai enam anak serta 13 cucu,” katanya ketika ditemui selepas membuat laporan kejadian itu di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD), di sini, semalam.

Mengenai Penulis:

Kaki Wayang mula terlibat dan serius dalam dunia penulisan kreatif sejak tahun 2006. Beliau juga terlibat dalam penciptaan lagu dan lirik lagu Nasyid dan pernah menjulang nama Politeknik Muadzam Shah apabila menjuarai Pertandingan Lagu-lagu Patriotik di PNM, Kuala Lumpur pada tahun 2007.

Ikuti perkembangan terbaru beliau melalui @ Blog Paling Hangat! | Facebook

Comments
0 Comments

{ 0 Komen Membina!... read them below or add one }

Post a Comment