Seorang wanita yang mematahkan kaki empat bayi kerana cemburu
terhadap kegembiraan ibu mangsa, dipenjara empat setengah tahun, lapor
media semalam. Menurut laporan disiarkan Jiji Press, Yuko Soutome mencari mangsa
terdiri daripada wanita yang membawa anak mereka di pasar raya atau
kedai menjual barangan bayi.
Agensi berita itu menyatakan, mahkamah di Utsunomia di utara Tokyo diberitahu, dalam empat kejadian berasingan, Yuko, 30, berpura-pura meminta kebenaran kepada wanita terbabit untuk mendukung anak mereka. Ketika mendukung itulah Yuko mematahkan kayi bayi terbabit. Laporan Jiji Press menyatakan, janda itu terdorong melakukan kezaliman berkenaan selepas berasa sakit hati apabila melihat wanita lain yang hidup lebih gembira berbanding dirinya.