Kisah ini berlaku kepada seorang wanita muslim dari Malaysia yang
bekerja di US. Gadis ini sangat cantik rupa paras dan bentuk badannya
juga sempurna. Tetapi dia sentiasa taat kepada Allah swt, berpakaian
sopan, menutup aurat dengan 'sempurna' dan memiliki akhlak yang baik.
Pada suatu malam, gadis ini dalam perjalanan balik ke rumah dari tempat
kerjanya. Kebetulan dia telah tersilap dengan melalui jalan yang singkat
untuk pulang di atas sebab-sebab tertentu. Laluan yang pilih itu pula
agak tersorok dan kebetulan, tidak ramai orang yang lalu lalang pada
masa itu.
Kerana malam yang lewat dan keadaan yang sunyi, laluan itu agak gelap
dan keadaannya agak menyeramkan. Ini membuatkan gadis itu agak gelisah
dan berasa takut kerana berjalan sendirian.
Tiba-tiba gadis itu ternampak ada seorang lelaki kulit putih berbangsa
Amerika sedang bersandar di dinding di tepi lorong itu. Gadis itu
menjadi semakin takut dan berasa tidak sedap hati. Tetapi, apa yang
boleh dilakukan hanyalah berdoa kepada Allah, memohon keselamatan atas
dirinya. Gadis itu pun berdoa dan membaca ayat Kursi dengan penuh
pengharapan agar Allah swt membantunya di saat itu.
Semasa melepasi lelaki yang bersandar itu, dia sempat menoleh dan sempat
mengecam wajah lelaki itu. Nasib baik lelaki itu buat tidak endah dan
gadis itu selamat sampai ke rumahnya.
Keesokkan paginya, gadis itu terbaca dalam akhbar tempatan Amerika
berkenaan seorang perempuan telah dirogol oleh seorang lelaki yang tidak
dikenali di kawasan yang dilaluinya semalam. Masa kejadian pula hanya
10 minit selepas dia melintasi lorong tersebut. Seteleh menatap wajah
perogol yang dipaparkan, gadis itu yakin bahawa perogol tersebut adalah
lelaki kulit putih yang dijumpainya semalam.
Atas rasa tanggungjawab dia terus ke balai polis dan membuat aduan.
Gadis itu dapat mengenalpasti suspek melalui kawad cam dan selepas
siasatan dilakukan, pihak polis juga mendapat bukti bahawa lelaki
tersebut adalah perogol bersiri yang amat dikehendaki.
Namun, gadis itu berasa amat hairan kerana perogol itu tidak
menjadikannya mangsa. Padahal dia keseorangan pada masa itu dan
sebaliknya perogol itu memilih perempuan yang lalu selepas dia. Gadis
itu ingin sangat mengetahui akan sebabnya. Oleh itu, dia meminta
kebenaran polis untuk bercakap dengan perogol tadi sebelum lelaki tadi
di bawa ke tempat lain.
.
Dia pun bertanya kepada perogol itu :
Why don't you do anything to me on that night even though you know that I'm alone ?
Mengapa kamu tidak melakukan apa-apa terhadap saya pada malam tersebut sedangkan kamu tahu saya sedang berjalan bersendirian ?
Perogol tu menjawab :
No, you are not alone ! That night I saw two young man walking with you. One on your right side and the other one was by your left side. If you were alone of course you will be my victim.
Tidak, kamu tidak bersendirian. Malam itu saya nampak dua lelaki muda
berjalan bersama kamu. Seorang di sebelah kanan dan seorang lagi di
sebelah kiri kamu. Jika bersendirian sudah tentu kamu yang akan menjadi
mangsa saya kerana kamu yang saya jumpai lebih dahulu
Wanita itu berasa amat terkejut bila dengar penjelasan perogol tu.
Setelah berfikir sejenak, dia pun faham akan apa yang telah terjadi. Dia
pun bersyukur ke hadrat Allah, mungkin Allah memeliharanya pada malam
itu kerana dia telah berdoa memohon perlindungan daripada Allah swt dan
juga kerana berkat bacaan ayat Kursi.
Allah swt itu Maha Berkuasa ke atas segala sesuatu, Dia juga boleh memerintahkan malaikat menjaga manusia dalam apa jua cara
Kesimpulannya
Jika kita sebagai hamba, menurut segala perintah dan meninggalkan segala
larangan Allah swt, Dia pastinya akan sentiasa 'dekat dengan kita' dan
memelihara kita. Muslimah tadi pertama-tamanya menutup aurat dengan
sempurna, menjauhi maksiat dan menjaga batas-batas pergaulan yang
ditetapkan oleh Allah.
Wanita itu juga telah memohon perlindungan daripada Allah Yang Maha
Berkuasa daripada segala sesuatu. Oleh itu, jika Allah swt ingin
melindunginya, tiada sesiapa yang akan dapat melakukan sesuatu ke
atasnya.
Di samping itu, apabila kita membaca Ayat Qursi, Allah akan utuskan dua
malaikat untuk menjaga kita. Dua lelaki yang menemani wanita itu adalah
malaikat yang diutuskan Allah untuk menjaga hambaNya yang sentiasa ingat
akan diriNya dan memohon perlindunganNya.
Ayat Kursi sememangnya adalah ayat pelindung yang mustajab dengan izin
Allah. Tetapi jika kita tergolong dalam golongan manusia yang tidak
diterima doanya, maka sebanyak mana dibaca pun tidak akan diperkenankan
oleh Allah. Jika kita selalu ingkar suruhan Allah, kufur dengan
nikmatnya, menunaikan ibadat secara sambil lewa dll. Dapatkah kita
mendapat pertolongan sebegini dari Allah ?
Malah kita mungkin akan dikenakan bala di atas perbuatan mungkar kita
kepada Allah swt. Balasan Allah tu boleh datang semasa di dunia lagi. Di
dalam kubur dan di akhirat kelak kita juga pasti akan disiksa di atas
dosa-dosa kita, kerana itu adalah janji Allah swt dan Allah itu Maha
Menepati Janji.
Saya suka mengingati satu hadis yang bermaksud :
Jika kamu mencari keredhaan Allah dengan kemurkaan makhluk,
Maka Allah swt akan memelihara kamu daripada segalanya
Sebaliknya, jika kamu mencari keredhaan manusia dengan kemurkaan Allah, Nescaya Allah swt akan menyerahkan nasibmu kepada makhluk
Di antara kelebihan amalan membaca Ayat Qursi :
Sesiapa membaca Ayat Qursi dan memohon perlindungan kepada Allah swt,
Allah akan menghantar dua malaikat untuk menjaganya
Sesiapa membaca Ayat Qursi semasa meninggalkan rumah, keluarga dan hartanya,
Allah akan menugaskan dua malaikat untuk menjaga rumahnya,keluarganya dan hartanya
Sesiapa membaca ayat Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya,
Allah mewakilkan 2 orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.
Sesiapa yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan, Nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya