Edisi Sengal! Campak anak dalam sungai!

Oleh Kaki Wayang on

Seorang lelaki Itali semalam mencampak anak lelakinya berusia 16 bulan ke dalam sungai dari jambatan di bandar raya ini ekoran perebutan hak jagaan sebelum ditahan polis ketika melarikan diri, lapor media. 

Bapa berusia 26 tahun itu mengaku kepada polis dia mencampakkan anak lelakinya ke dalam air beku Sungai Tiber selepas bertengkar dengan ibu bayi terbabit.

Dia dilihat melakukan perbuatan itu oleh pegawai penjara yang lalu di situ. Pegawai itu berkata, lelaki berkenaan kelihatan tertekan dan menjerit sebelum mencampakkan bayi malang itu ke dalam sungai. Lelaki yang menganggur dan mempunyai rekod jenayah dadah itu cuba melarikan diri tetapi ditahan polis sejurus selepas itu. Penyelam daripada jabatan bomba melakukan operasi mencari bayi terbabit di sungai itu tetapi usaha mereka terhalang akibat arus deras dan keadaan cuaca buruk.
 
“Kami masih mencari dan akan terus mencari sedaya yang mampu, tetapi salji dan hujan yang turun menyebabkan air sungai melimpah dan menyukarkan usaha mencari,” kata jurucakap Jabatan Bomba Rome. 
 
Timbalan Datuk Bandar Rome, Sveva Belvisio berkata, tragedi itu adalah kisah yang mengejut dan memilukan. Ia adalah satu perbuatan kejam,” katanya.

Mengenai Penulis:

Kaki Wayang mula terlibat dan serius dalam dunia penulisan kreatif sejak tahun 2006. Beliau juga terlibat dalam penciptaan lagu dan lirik lagu Nasyid dan pernah menjulang nama Politeknik Muadzam Shah apabila menjuarai Pertandingan Lagu-lagu Patriotik di PNM, Kuala Lumpur pada tahun 2007.

Ikuti perkembangan terbaru beliau melalui @ Blog Paling Hangat! | Facebook

Comments
0 Comments

{ 0 Komen Membina!... read them below or add one }

Post a Comment