PMS Automech Racing Team Raih Tempat Ke-5!

Politeknik Muadzam Shah telah berjaya mencatat kedudukan di tempat ke-5 dari 36 jentera yang dipertandingkan merangkumi 24 institusi pendidikan IPTA dan IPTS seluruh Malaysia.

Pelajar Politeknik Muadzam Shah Cipta E-Tajwid Untuk Android!

Boleh dikatakan terdapat pelbagai aplikasi bercorak pembelajaran agama untuk para pengguna Android, dan salah satunya adalah aplikasi E-Tajwid untuk Android.

Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan!

"Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan" berjaya memasuki ruangan Berita Harian pada 22 Mac 2013 yang lalu.

Program Imam Muda Musim 1 Politeknik Muadzam Shah!

Sekalung tahniah kepada penganjur program yang begitu bermanfaat ini.

Malam Sejuta Bintang PMS Berlangsung Meriah!

Malam Sejuta Bintang Berlangsung Meriah

Showing posts with label campak tepi jalan lepas gagal perkosa. Show all posts
Showing posts with label campak tepi jalan lepas gagal perkosa. Show all posts

Edisi Sentap! Guru campak anak dari jambatan!

Oleh Kaki Wayang on

JAMBATAN Story yang merintasi Sungai Brisbane menjadi tempat Lees mencampak anaknya sebelum dia sendiri membunuh diri, semalam.
JAMBATAN Story yang merintasi Sungai Brisbane menjadi tempat Lees mencampak anaknya sebelum dia sendiri membunuh diri, semalam.

Seorang pengadil ragbi antarabangsa yang mengajar di sebuah sekolah eksklusif, mencampak bayi lelakinya dari sebatang jambatan sebelum melompat membunuh diri, semalam. Jason Lees, 40, mencampak anak lelakinya yang baru berusia dua tahun dari ketinggian 74 meter di Jambatan Story sebelum dia melompat dan terdampar di pinggir tebing Sungai Brisbane. Ketika hidup, Lees mengajar di Sekolah Menengah Gereja Anglican di bandar raya Brisbane, selain menjadi pengadil Kesatuan Ragbi Antarabangsa.

Pengetua sekolah itu, Jonathan Hensman, berkata Lees seorang guru dihormati dan disayangi. 

“Kehilangan Lees sangat dirasai di kalangan penduduk setempat serta semula pelajar yang pernah mendapat bimbingannya,” katanya.

Sementara itu, jurucakap polis Queensland berkata, Lees menunggang basikal dan memasuki laluan pejalan kaki di sisi jambatan berkenaan pada awal pagi. Lees kemudian mencampak anaknya melepasi palang keselamatan jambatan.

“Dia kemudian memanjat palang itu sebelum melompat,” katanya.

Kejadian itu sama dengan insiden pada 2009 apabila Arthur Freeman, 37, mencampak anak perempuannya - berusia empat tahun - dari Jambatan Westgate di Melbourne. Bagaimanapun, Freeman tidak membunuh diri, sebaliknya menyerah diri kepada polis sebelum dihukum penjara seumur hidup. Saksi berkata, Lees membunuh diri kira-kira jam 3.30 pagi. Katanya, orang awam menghubungi polis dan pasukan keselamatan berkejar ke tempat kejadian.

“Tetapi tiada apa yang dapat dilakukan terhadap Lees atau anaknya,” katanya.

Difahamkan, Lees berasal dari Kanada. Polis yakin bayi malang itu tidak terbabit dalam pertikaian hak penjagaan kerana siasatan mendapati, keluarga Lees hidup bahagia sebelum ini. Ia berbeza seperti insiden membabitkan Freeman. Siasatan masih dijalankan untuk mengetahui motif kejadian.
Sila baca selanjutnyaEdisi Sentap! Guru campak anak dari jambatan!

Edisi Sengal! Campak anak dalam sungai!

Oleh Kaki Wayang on

Seorang lelaki Itali semalam mencampak anak lelakinya berusia 16 bulan ke dalam sungai dari jambatan di bandar raya ini ekoran perebutan hak jagaan sebelum ditahan polis ketika melarikan diri, lapor media. 

Bapa berusia 26 tahun itu mengaku kepada polis dia mencampakkan anak lelakinya ke dalam air beku Sungai Tiber selepas bertengkar dengan ibu bayi terbabit.

Dia dilihat melakukan perbuatan itu oleh pegawai penjara yang lalu di situ. Pegawai itu berkata, lelaki berkenaan kelihatan tertekan dan menjerit sebelum mencampakkan bayi malang itu ke dalam sungai. Lelaki yang menganggur dan mempunyai rekod jenayah dadah itu cuba melarikan diri tetapi ditahan polis sejurus selepas itu. Penyelam daripada jabatan bomba melakukan operasi mencari bayi terbabit di sungai itu tetapi usaha mereka terhalang akibat arus deras dan keadaan cuaca buruk.
 
“Kami masih mencari dan akan terus mencari sedaya yang mampu, tetapi salji dan hujan yang turun menyebabkan air sungai melimpah dan menyukarkan usaha mencari,” kata jurucakap Jabatan Bomba Rome. 
 
Timbalan Datuk Bandar Rome, Sveva Belvisio berkata, tragedi itu adalah kisah yang mengejut dan memilukan. Ia adalah satu perbuatan kejam,” katanya.
Sila baca selanjutnyaEdisi Sengal! Campak anak dalam sungai!

Betol-betol Sengal! Campak tepi jalan lepas gagal perkosa

Oleh Kaki Wayang on

Seorang wanita berusia 35 tahun melalui detik cemas apabila diserang dua lelaki yang mengacukan pisau dan memaksanya menaiki sebuah pacuan empat roda. Wanita terbabit yang bimbang dicederakan menaiki kenderaan itu sebelum dibawa lari.

Sumber berkata, dalam kejadian jam 8 malam kelmarin, mangsa yang tinggal di sebuah pangsapuri berhampiran Pandan Indah, di sini, baru saja meletakkan kenderaan sebelum dihampiri sebuah kenderaan lain.

“Mangsa terkejut sebaik seorang lelaki turun dan mengacukan pisau” katanya. Menurutnya, mangsa dipercayai mahu dibawa ke kawasan lain. “Suspek cuba merogol mangsa di dalam kenderaan berkenaan namun mangsa meronta-ronta dan menjerit ketakutan.

“Suspek menumbuk dan menampar mukanya serta memberi amaran supaya berdiam sekiranya tidak mahu dicederakan dan dirogol,” katanya.

Beliau berkata, beberapa jam kemudian suspek memberhentikan kereta dan mencampak mangsa di kawasan Taman Melawati, di sini. Mangsa yang cedera di muka dan badan menghubungi kakaknya sebelum dibawa ke hospital serta membuat laporan di balai polis berhampiran. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin mengesahkan menerima laporan kejadian itu.
 
Sila baca selanjutnyaBetol-betol Sengal! Campak tepi jalan lepas gagal perkosa