Seorang lelaki yang dipercayai berada di bawah pengaruh dadah jenis
metamphetamin bertindak merogol adiknya sendiri dengan mengugutnya
menggunakan sebilah pedang dalam kejadian malam Khamis. Ketua Polis
Daerah Besut Supt Kamaruddin Zakaria berkata kejadian berlaku kira-kira
10.30 malam di Kampung Gong Manok, Kuala Besut di sini.
Menurutnya kejadian berlaku ketika lelaki berumur 30 tahun yang baru
dibebaskan dari penjara 8 Februari lalu ke rumah adiknya berumur 24
tahun dan memaksanya untuk bersama mencari bapa saudara mereka yang
tinggal tidak jauh dari situ.
Katanya pada mulanya suri rumah yang mempunyai seorang anak itu
enggan mengikutnya namun terpaksa akur setelah abangnya mengugut dengan
meletakkan sebilah pedang di kiri lehernya.
"Apabila sampai di tempat yang dituju, suspek dapati bapa saudara
yang dicarinya tiada. Suspek kemudiannya memaksa adiknya ke bahagian
semak di belakang rumah bapa saudaranya dan merogol adiknya di situ,"
katanya kepada pemberita selepas menyertai Ops Sektor yang diadakan di
Kampung Lak Lok di sini, Sabtu.
Kamaruddin berkata adiknya yang cuba melawan ditumbuk beberapa kali di bahagian perut oleh suspek.
Katanya mangsa turut tercedera di bahagian leher akibat terkena pedang yang dipegang abangnya.
Mangsa yang berjaya melarikan diri tidak lama kemudian meminta pertolongan jiran untuk membuat laporan polis.
Tindakan pantas polis berjaya menahan suspek beberapa jam kemudian. Ujian awal air kencingnya mendapati suspek positif pil kuda.
Suspek yang dipenjara sebelum ini kerana kes berkaitan dadah juga
mengakui telah mengambil pil kuda di Kuantan, Pahang sebelum ke Besut
untuk mencari bapa saudaranya malam semalam.
Ketua Polis Daerah Besut Supt Kamaruddin Zakaria berkata kejadian
berlaku kira-kira 10.30 malam di Kampung Gong Manok, Kuala Besut di
sini.
Menurutnya kejadian berlaku ketika lelaki berumur 30 tahun yang baru
dibebaskan dari penjara 8 Februari lalu ke rumah adiknya berumur 24
tahun dan memaksanya untuk bersama mencari bapa saudara mereka yang
tinggal tidak jauh dari situ.
Katanya pada mulanya suri rumah yang mempunyai seorang anak itu
enggan mengikutnya namun terpaksa akur setelah abangnya mengugut dengan
meletakkan sebilah pedang di kiri lehernya.
"Apabila sampai di tempat yang dituju, suspek dapati bapa saudara
yang dicarinya tiada. Suspek kemudiannya memaksa adiknya ke bahagian
semak di belakang rumah bapa saudaranya dan merogol adiknya di situ,"
katanya kepada pemberita selepas menyertai Ops Sektor yang diadakan di
Kampung Lak Lok di sini, Sabtu.
Kamaruddin berkata adiknya yang cuba melawan ditumbuk beberapa kali di bahagian perut oleh suspek.
Katanya mangsa turut tercedera di bahagian leher akibat terkena pedang yang dipegang abangnya.
Mangsa yang berjaya melarikan diri tidak lama kemudian meminta pertolongan jiran untuk membuat laporan polis.
Tindakan pantas polis berjaya menahan suspek beberapa jam kemudian. Ujian awal air kencingnya mendapati suspek positif pil kuda.
Suspek yang dipenjara sebelum ini kerana kes berkaitan dadah juga
mengakui telah mengambil pil kuda di Kuantan, Pahang sebelum ke Besut
untuk mencari bapa saudaranya malam Sabtu.