Edisi Sentap! Sanggup Berhutang Untuk Menjadi Seorang Pelacur!

Oleh Kaki Wayang on



Permintaan yang tinggi untuk khidmat seks mendorong sindiket yang menguruskan kemasukan wanita dari China mengaut keuntungan besar dengan mengenakan bayaran purata RM10,000 seorang untuk membantu mereka menjadi pelacur atau pegawai perhubungan pelanggan (GRO) yang memberi khidmat seks di Malaysia.

Sindiket tersebut mengumpul kekayaan dengan cara mudah memandangkan wanita China adalah kumpulan pelacur yang paling ramai ditahan dalam Ops Noda yang dijalankan oleh pihak polis di seluruh negara sepanjang tahun lalu. Mengikut statistik Polis Bukit Aman, daripada 11,832 warga asing yang ditahan sepanjang tahun lalu, wanita China membentuk jumlah terbesar sebanyak 5,922 orang. Secara purata 16 orang wanita China ditangkap setiap hari.

Jika kesemua wanita China itu menggunakan khidmat sindiket dan membayar RM10,000 seorang, bermakna hasil kutipan organisasi haram yang menguruskan kemasukan pelacur negara berkenaan ke Malaysia adalah sebanyak RM59.2 juta.

Menurut sumber Kosmo! Ahad, wang tersebut dibayar bagi membiayai kos penerbangan, makanan dan tempat tinggal semasa berada di Malaysia.

Sebaik tiba di sini, wanita-wanita China itu akan disambut oleh ejen-ejen sindiket yang menguruskan segala keperluan termasuk mencari pelanggan. Sumber itu memberitahu, terdapat juga wanita China yang telah melangsaikan hutang kepada sindiket dan pulang ke negara asal mereka sebelum memasuki semula Malaysia secara solo. Biarpun pihak berkuasa khususnya Bahagian Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian (D7) Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersama agensi penguat kuasa kerap melakukan operasi, kegiatan tidak bermoral itu semakin berleluasa serta menjadi penyumbang kepada masalah sosial di negara ini.

Mengenai Penulis:

Kaki Wayang mula terlibat dan serius dalam dunia penulisan kreatif sejak tahun 2006. Beliau juga terlibat dalam penciptaan lagu dan lirik lagu Nasyid dan pernah menjulang nama Politeknik Muadzam Shah apabila menjuarai Pertandingan Lagu-lagu Patriotik di PNM, Kuala Lumpur pada tahun 2007.

Ikuti perkembangan terbaru beliau melalui @ Blog Paling Hangat! | Facebook

Comments
0 Comments

{ 0 Komen Membina!... read them below or add one }

Post a Comment