Edisi Sentap! Curi Susu RM91.96, didenda RM1000.00..tak berbaloi langsung!

Oleh Kaki Wayang on


Seorang penganggur menerima hukuman penjara dua bulan dan didenda RM1,000 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini kerana mencuri empat bungkus susu tepung bernilai RM91.96. Majistret Rini Triany Muhamad Ali menjatuhkan hukuman itu terhadap SH Zainal SH Mokhtar, 28, selepas mengaku bersalah dan berdepan hukuman penjara sebulan jika gagal membayar denda itu.

SH Zainal, dari Felda Timur Chini 1, Pekan didakwa mencuri empat bungkus susu Nestle Omega Plus Acticol bernilai RM22.99 setiap satu di pasaraya The Store, Kuantan Parade, pada 1.30 petang, 4 Februari lepas. Dia didakwa di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun dan denda jika disabitkan kesalahan.
 
Pendakwaan dilakukan Cif Inspektor Azman Ariffin manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mengenai Penulis:

Kaki Wayang mula terlibat dan serius dalam dunia penulisan kreatif sejak tahun 2006. Beliau juga terlibat dalam penciptaan lagu dan lirik lagu Nasyid dan pernah menjulang nama Politeknik Muadzam Shah apabila menjuarai Pertandingan Lagu-lagu Patriotik di PNM, Kuala Lumpur pada tahun 2007.

Ikuti perkembangan terbaru beliau melalui @ Blog Paling Hangat! | Facebook

Comments
2 Comments

{ 2 Komen Membina!... read them below or add one }

Dayang Deno said...

tu la... kenapa mencuri... kan dah kena tangkap... memang tak berbaloi langsung!

www.terbaik.my said...

Pengajaran, jangan mencuri :D

Post a Comment