PMS Automech Racing Team Raih Tempat Ke-5!

Politeknik Muadzam Shah telah berjaya mencatat kedudukan di tempat ke-5 dari 36 jentera yang dipertandingkan merangkumi 24 institusi pendidikan IPTA dan IPTS seluruh Malaysia.

Pelajar Politeknik Muadzam Shah Cipta E-Tajwid Untuk Android!

Boleh dikatakan terdapat pelbagai aplikasi bercorak pembelajaran agama untuk para pengguna Android, dan salah satunya adalah aplikasi E-Tajwid untuk Android.

Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan!

"Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan" berjaya memasuki ruangan Berita Harian pada 22 Mac 2013 yang lalu.

Program Imam Muda Musim 1 Politeknik Muadzam Shah!

Sekalung tahniah kepada penganjur program yang begitu bermanfaat ini.

Malam Sejuta Bintang PMS Berlangsung Meriah!

Malam Sejuta Bintang Berlangsung Meriah

Showing posts with label curi trafik blog lain. Show all posts
Showing posts with label curi trafik blog lain. Show all posts

Edisi Ngeri! Kerana Mahu Mencuri Kabel TNB, Maut kena renjatan!

Oleh Kaki Wayang on

PERIKSA...anggota polis memeriksa mayat lelaki yang  dipercayai maut akibat renjatan elektrik, semalam.
Tindakan seorang lelaki yang dipercayai mahu mencuri kabel milik Tenaga Nasional Berhad (TNB) di bilik bawah tanah sebuah pusat perniagaan pakaian di Jalan Tuanku Munawir di sini, mengundang padah apabila dia maut akibat terkena renjatan elektrik berkuasa 415 voltan, semalam. Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Saiful Azly Kamaruddin berkata lelaki berusia 40-an itu yang melecur teruk di muka, mati di tempat kejadian.

Menurutnya, polis menerima maklumat kejadian itu kira-kira jam 11.30 pagi dan menghantar sepasukan anggota untuk menyiasat.

“Sebaik tiba di tempat kejadian, polis menemui lelaki yang hanya berseluar panjang, terbaring tidak sedarkan diri.


“Bagaimanapun, lelaki itu dipercayai sudah meninggal dunia dan mayatnya dihantar ke Hospital Tuanku Ja’afar Seremban (HTJS) untuk bedah siasat.
Sila baca selanjutnyaEdisi Ngeri! Kerana Mahu Mencuri Kabel TNB, Maut kena renjatan!

Edisi Sentap! Curi Susu RM91.96, didenda RM1000.00..tak berbaloi langsung!

Oleh Kaki Wayang on


Seorang penganggur menerima hukuman penjara dua bulan dan didenda RM1,000 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini kerana mencuri empat bungkus susu tepung bernilai RM91.96. Majistret Rini Triany Muhamad Ali menjatuhkan hukuman itu terhadap SH Zainal SH Mokhtar, 28, selepas mengaku bersalah dan berdepan hukuman penjara sebulan jika gagal membayar denda itu.

SH Zainal, dari Felda Timur Chini 1, Pekan didakwa mencuri empat bungkus susu Nestle Omega Plus Acticol bernilai RM22.99 setiap satu di pasaraya The Store, Kuantan Parade, pada 1.30 petang, 4 Februari lepas. Dia didakwa di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun dan denda jika disabitkan kesalahan.
 
Pendakwaan dilakukan Cif Inspektor Azman Ariffin manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Sila baca selanjutnyaEdisi Sentap! Curi Susu RM91.96, didenda RM1000.00..tak berbaloi langsung!

Edisi Sentap! Amah beru kerja 3 hari songlap RM55,000!

Oleh Kaki Wayang on

Seorang amah warga Indonesia yang baru tiga hari ditugaskan mengasuh anak majikannya meninggalkan kanak-kanak berusia dua tahun itu sendirian sebelum melarikan diri bersama wang tunai, barang kemas, beg tangan berjenama dan telefon bimbit majikannya bernilai RM55,000.

Kejadian itu disedari majikan terbabit, seorang ahli perniagaan wanita berusia 34 tahun, selepas dimaklumkan pemandunya mengenai kehilangan amah terbabit di rumahnya di Mutiara Damansara, di sini, jam 3 petang, Jumaat lalu.

Menceritakan kejadian terbabit, bekas suami ahli perniagaan itu yang hanya dikenali sebagai Mahmud, 34, berkata dia menerima panggilan daripada pemandunya memaklumkan amah terbabit meninggalkan anak bongsunya sendirian di rumah bekas isterinya.

“Pemandu itu menghantar seorang lagi anak saya pulang dari sekolah ke rumah bekas isteri sebelum mendapati amah terbabit berusia 37 tahun tiada dan usaha mencari di kawasan berhampiran gagal menemui wanita itu.

“Kami mengesyaki amah terbabit melarikan diri dan bekas isteri yang memeriksa bilik di rumahnya mendapati wang RM30,000, barang kemas bernilai RM20,000, beg tangan berjenama dan telefon pintar Blackberry tiada dalam simpanan,” katanya, semalam.

Susulan itu, Mahmud membuat laporan di Balai Polis Damansara. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed, mengesahkan menerima laporan kejadian terbabit dan kes disiasat mengikut Seksyen 381 Kanun Keseksaan kerana mencuri dalam bangunan.
Sila baca selanjutnyaEdisi Sentap! Amah beru kerja 3 hari songlap RM55,000!

Edisi Tutorial! Cara Mudah Tingkatkan Trafik, Pageviews, Unique Views dengan berkesan Part 1!

Oleh Kaki Wayang on



Bagaimana mahu dapatkan trafik dengan mudah tanpa susah payah ping kat facebook dan twitter..satu daripada dua cara yang paling mudah adalah ping kat Facebook dengan cara menggunakan button send..

Untuk pengetahuan anda semua, sekiranya anda mahu ping entri anda ke dalam Facebook tanpa SPAM..SPAM merupakan satu benda yang sangat dibenci oleh Google..dengarnya Google akan menutup akaun google (blog) bagi sesiapa yang mengiklakan entri mereka dengan SPAM! So kalau nak kongsikan entri..hati-hati dengan tindakan anda..taku-takut nanti kena BLOCK pula akaun blog korang..kang menangis tak berlagu..

Kalau nak ping juga kat Facebook..begini caranya..sila ke LINK INI untuk ketahui cara ping tanpa SPAM..
Bersambung…!!!

Sila baca selanjutnyaEdisi Tutorial! Cara Mudah Tingkatkan Trafik, Pageviews, Unique Views dengan berkesan Part 1!

Edisi Hangat! Wah Tak Sangka Trafik Maintain Sejak Seminggu Lepas!

Oleh Kaki Wayang on


Alhamdulillah tak sangka TRAFIK yang menjengah ke blog ini maintain sejak seminggu lepas sebelum trafik itu menjunam jatuh teruk pada hari semalam dan 2 hari lepas akibat tidak membuat sebarang post baru (proses menghapdet blog)..semuanya atas sebab-sebab aku memberi tumpuan pada Majlis Maulidur Rasul..walaupun begitu masih mampu untuk mendapatkan 700-1200 pv (300-400 uv) pada hari berkenaan..ni semua salah satu faktornya adalah artikel INI mencapai 20,000 PV sebelum ini..

Semuanya atas sebab-sebab pengunjung yang tak henti-henti memberikan sokongan kepada blog yang tak berapa best ni...Alhamdulillah..(padahal blog orang lain tak hairan pun kalau dapat PV dan UV sebanyak ini sebab diorang lagi "giler kentang"..i mean kentang tu gila..hahahaha sentap..blog lain mencapai 20,000 pv dan 15,000 sehari malah ada yang mampu dapatt sampai 100,000 pv sehari..

Tak pelah..sasaran aku pada tahun ni mampu nak capai 1 juta PV..insyaAllah..so silalah sokong yer...
Sila baca selanjutnyaEdisi Hangat! Wah Tak Sangka Trafik Maintain Sejak Seminggu Lepas!

Betol-betol Sengal/ Bijak! Iframe? Apakah itu? Curi traffik? Bagaimana?

Oleh Kaki Wayang on

Ok..aku pown baru dapat tahu benda ni beberapa hari yang lalu..dan semakin lama ianya semakin berlarutan dengan pelbagai pandangan dan pendapat..tak kiralah pandangan sinis ataupun tak..tak kurang juga yang menyumpah seranah dan tak kurang jugak yang buat bodoh je sebab tak tahu apa-apa..dan kini aku dah tahu bagaimana ianya berfungsi..Lihat link refer kat bawah ni kalau nak tahu bagaimana orang lain mengambil kesempatan atas blog orang lain dan apakah pandangan mereka..jom kita terjah:-

Dan ini pula adalah jawapan dan pandangan Mrdaha berkenaan dengan isu yang diperdebatkan ini:-

Terima kasih pada:-

Cik Munna atas entri yang sangat berguna untuk tatapan pembaca dan newbie macam aku ni..

Persoalannya..Nuffnang leh terima ke apa yang ditakrifkan sebagai "illegal" ni?boleh ke mengambil kesempatan atas blog orang lain dengan mencuri traffic seperti ini? ni apa yang aku dapat dari Blog Cik Munna dan Bro Eyriqazz..


Kredit gambar pada Cikgu Dahlia (Teknik iframe)

Nuffnang kata ape ek?


"For your information, our team has been alerted about this issue and those who are found of this click fraud activity will be permanently blacklisted from our network since it is clearly against our policy.

We thank you again for your loyal support all this while and we also thank you for highlighting this issue to us. That being said, we hope for your cooperation to let us know of if you happen to come across any blogs suspected of the aforementioned activity. Your cooperation on this matter is highly appreciated."
 
P/s: Oklah pada aku..kalau ianya mendatangkan faedah pada sebelah pihak je..yakni pencuri..aku memang menentang sekeras-kerasnya..tapi kalau aku dapat lebih dia dapat sikit takpe..tapi kalau langsung tak dapat dai dapat lebih..kompom aku haramkan..secara keselurhannya..pada aku laaa..ILLEGAL ACTIVITY..harap-harap pas ni yang dah di revealed kan..insaf-insaflah korang yer..aku pown cari traffic sendiri tapi pepandai je korang memanipulasikan keadaan..
Sila baca selanjutnyaBetol-betol Sengal/ Bijak! Iframe? Apakah itu? Curi traffik? Bagaimana?